Kenapa Allah Ciptakan Lalat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6rhQbCnPm6nJAFCSP1lUVowXADOjJegN_wxC0ZfpaemtNJQxOgIGozBnWsUziRp4S7oKYHnS8q-1r_34Id1oYA6ZIw3cF0SwNnmHoon_DVQFUuCm-OXYnR0HXPduHhdhsxDexRFHVWCU/s1600/lalat1.jpg 
Kenapa Allah Ciptakan Lalat 

Kenapa Allah Ciptakan Lalat


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah lalat dan seorang pembesar yang disanjung oleh seluruh rakyat. Kalau semalam kita berkongsi hikmah kejadian manusia dengan dua telinga dan satu mulut, pagi ni kita nak berkongsi hikmah kejadian lalat.

Pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya, datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat ia menghalaunya  dan lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali hinggap di muka Al Mansur dan berkali-kali pula Al Mansur menepisnya. Al Mansur sangat marah dan terdetik dihatinya, "lalat ni memang tak guna, haiwan perosak yang menyusahkan"

Kemudian Al Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq: "Wahai Abu Abdullah, untuk apa Allah menciptakan lalat?". 

Jakfar Shadiq menjawab: "Agar dengan lalat itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang yang sombong dan membanggakan diri."

Mendengar jawapan itu, Al Mansur terdiam. Beliau kini sedar bahawa walaupun dirinya seorang pemerintah yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat yang kita semua tau sukakan sesuatu yang busuk dan kotor.

Semoga kisah ini menjadi renungan untuk kita semua. Jangan sombong dengan anugerah Allah. Kita semua makhluk Allah adalah sama. Tidak ada beza antara kaya atau miskin, mahupun pemerintah atau rakyat. 

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Google+  

Comments

  1. semua kejadian Allah ada peranan msing2 kan..kita sbgai mnusia pun sama =)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...raudz,

    terima kasih cerita nie.. insaf diri, agar minta dijauhkan daripada sifat2 mazmumah.. Ya Allah berikan kami sifat2 mahmudah...

    mselim3

    pls: tak mahu sombong2 utk kehidupan yang sementara ini..

    ReplyDelete
  3. setiap kejadian dan penciptaan Allah ada manfaatnya,,,

    ReplyDelete
  4. setiap kejadian itu ada asbabnya ... utg blog yg dpt masuk promoted content nih .

    ReplyDelete
  5. allah jadikan setiap makhluk ada sebabnya..insaff

    ReplyDelete
  6. kene setepek tang muka...sesungguhnya setiap benda yag Allah swt cipta mempunyai fungsinya yang tersendiri...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. maha suci Allah...lalat tu entah-entah lagi banyak zikirnya dari kita :)

    ReplyDelete
  8. Setiap ciptaan Allah itu ade sbb nya yg tersendiri

    ReplyDelete
  9. Org yg sombong hanya akan merugikan diri sendiri shj... tiada gunanya...

    ReplyDelete
  10. buat apa nak sombong²?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat