Kisah Neraka, Lereng Api Dan Asap

 Kisah Neraka,  Lereng Api Dan Asap
 Kisah Neraka,  Lereng Api Dan Asap

Kisah Neraka Dan Lereng Api


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah Kisah Neraka,  Lereng Api Dan Asap. 

Di dalam sebuah hadis diriwayatkan sesungguhnya Neraka Jahannam itu adalah hitam lagi gelap. Tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Ia memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung. Pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api. Pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. 

Disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api. Setiap gudang itu memiliki 70,000 bilik dari api. Setiap bilik terdapat 70,000 ekor ular dan kalajengking. Setiap kalajengking ada mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas yang berbisa.

Kisah Neraka Dan Kepulan Asap


Pada hari kiamat nanti akan dibuka pintu neraka jahannam.  Apabila dibuka pintu tersebut, akan keluarlah asap datang mengepung disebelah kanan jin dan manusia. Dan sekumpulan asap lagi akan mengepung disebelah kiri. Tidak cukup dengan itu, sekumpulan asap lagi akan muncul di sebelah hadapan muka, di atas kepala dan juga dibelakang manusia dan jin. Dan pada ketika itu, takkala melihat kepulan asap yang gelap dan mengerikan, semuanya bagaikan kehilangan arah. Berlutut serta memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkan lah kami".

Siksaan Neraka


Namun semuanya sudah terlewat. Tiada seorangpun yang dapat mengelakkan diri dari api neraka jika ia memang sudah ditakdirkan dimasukkan ke neraka oleh Allah S.W.T. Didalamnya penuh dengan siksaan dan pelbagai macam kesengsaraan serta penghinaan. Siksanya amat pedih, penjaganya malaikat-malaikat yang bengis, kasar dan kejam. Pada ketika itu tiada lagi yang dapat memberikan pertolongan kecuali amalan yang ada pada kita semua.

Comments

  1. subahannallah..
    pkongsian yg menginsafkan..
    klik2

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar... mohonlah semoga kita semua dijauhkan dari api neraka... aamiin ya Rabbal aalaamiin...

    ReplyDelete
  3. allahuakbar..thanks atas perkongsian. teringat baca yang perempuan ni ramai yang jadi penghuni neraka.semoga Allah ampunkan kita yang banyak dosa ni

    ReplyDelete
  4. ya Allah.. takutnyaa. moga2 kita akan berubah dengan lebih baik

    ReplyDelete
  5. Mohon di jauhkan dari kita..

    ReplyDelete
  6. Moga dijauhkan dr seksa api neraka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat