Kisah Sedih Pemuda Dari Kubur

Kehebatan sedekah untuk ahli kubur 
Kisah Sengsara Pemuda Dari Kubur

Kisah Sedekah & Pemuda Dari Kubur


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah mengenai kisah seorang pemuda yang keluar dari Kubur tentang kehebatan sedekah dan doa.  

Pada satu malam, Tsabit Al Banani bermimpi melihat seorang pemuda keluar dari kuburnya dalam keadaan berserabut. Wajahnya pucat lesi, kurus dan gelisah. Dia berjalan dengan tangan kosong sambil airmatanya mengalir. Sedangkan semua ahli kubur yang lain memakai pakaian putih bersih serta membawa makanan beraneka macam.

Tsabit bertanyakan pemuda tersebut mengapa keadaannya demikian. Lalu pemuda itu berkata bahawa tidak ada seorang pun di dunia yang mahu mendoakan dan bersedekah untuknya. Sedangkan ahli-ahli kubur yang lain mempunyai keluarga yang sering berdoa serta bersedekah untuk mereka pada setiap malam Jumaat.

Ibunya masih hidup, tetapi setelah berkahwin lagi dia lupa untuk berdoa dan bersedekah untuknya. Tsabit pun bertanya mengenai ibunya dan berjanji akan menceritakan keadaan pemuda itu kepada ibunya.

Pemuda itu berkata, " bagi tau ibu, di dalam bajuku ada wang seratus misqal. Wang itu milik ku pemberian dari ayah"

Setelah terjaga, Al banani terus mencari ibu pemuda tersebut dan menceritakan kisah anaknya. Ibu tersebut jatuh pengsan mendengar kesusahan sianak. Apabila tersedar beliau memberikan wang sebanyak 100 misqal kepada Al Banani untuk disedekahkan dengan diniatkan pahalanya untuk arwah anaknya. 

Setelah itu sekali lagi Al banani bermimpi berjumpa pemuda tersebut. Namun kali ini berbeza. Wajahnya berseri-seri penuh kegembiraan. Kata pemuda tersebut, "Wahai Imam Muslimin, mudah-mudahan Allah mengasihi engkau sebagaimana engkau mangasihi aku"
 
Jom sama-sama kita perbanyakkan doa dan sedekah buat mereka yang telah tiada. Semoga roh-roh mereka tenang dan gembira disana.

Comments

  1. allahuakbar macamana keaadaan kita di sana nanti..

    ReplyDelete
  2. datang mengisi tabung

    ReplyDelete
  3. sama-samalah kita perbanyakkan doa untuk mereka yang telah pergi...mudah-mudahan tenang di sana

    ReplyDelete
  4. Maha Besar Allah..

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana mengingatkan saya kak..Alhamdulillah setakat ini saya masih tidak lupa untuk bersedekahkan Al-Fatihah kepada kedua arwah orang tua saya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. hanya doa yg dpt membahagiakan mereka di akhirat.. :)

    ReplyDelete
  7. Keberkatan sedekah... Jom bykkan lagi bersedekah...

    ReplyDelete
  8. Waaahhh.. Hebatnya ganjaran Allah bagi mereka yang bersedekah.
    So, mari sama2 kita meninfakkan harta kita ke jalan Allah.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat