Breaking News

Wednesday, June 4, 2014

Kisah Tangisan Dari Kubur

http://1.bp.blogspot.com/_hRcQVRIkuTc/TSwk6aP5UjI/AAAAAAAABWA/fBmJUWvJ0Fs/s1600/4-api-di-dalam-kubur-yang-dipadam-dengan-4-amalan.jpg
4 Api Di Dalam Kubur

Kisah Tangisan Dari Kubur


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah tangisan Usman bin Affan takkala ia berada di kubur. 

Pada suatu hari Usman bin Affan r.a berjalan di sebuah kubur. Tiba-tiba ia berhenti dan menangis teresak-esak sehingga basah janggutnya. Mereka yang berada bersamanya kehairanan lalu bertanya, "Hai Amirul Mukminin, kenapa engkau menangis ketika berada di di sini sedangkan engkau tidak menitiskan setitik airmata pun ketika engkau berbicara tentang syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat?"

Usman menjawab, sebab Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Kubur itu tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dari tempat-tempat dunia. Barang siapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang ada sesudahnya adalah lebih ringan. Dan barangsiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang ada sesudahnya akan lebih berat lagi." 

Usman berkata lagi: "Jika aku di neraka aku akan bersama manusia lain, jika aku berada di padang mahsyar aku juga bersama manusia lain, tetapi jika aku berada didalam kubur maka tidak seorangpun bersamaku. Itulah yang menyebabkan aku menangis".

Semoga kisah ini menjadi renungan untuk kita semua. Jom sama-sama kita pastikan tempat persinggahan pertama kita adalah yang terbaik.

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Google+  

13 comments:

  1. Peringatan terbaik buat diriku yang selalu leka dengan dunia/ hubbun-dunya.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...perkongsian yg sgt menarik..thanks akk krn sentiasa saling mengingati...

    ReplyDelete
  3. sesama lah kita beristiqamah..huhu..

    ReplyDelete
  4. terima kasih diatas perkongsian ini kak.. ^_^

    ReplyDelete
  5. saat yang amat di geruni oleh semua orang

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian ini kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. betul sangat-sangat di dalam kubur kita sendirian..

    Penipuan Email

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian raudzah

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang menarik ni dear...semoga kita jadikan renungan :)

    ReplyDelete

Designed By