Kisah Wali Allah Di Kebun Delima

 Kisah Wali Allah Di Kebun Delima 
Kisah Wali Allah Di Kebun Delima

Kisah Wali Allah Di Kebun Delima


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah Wali Allah yang bernama Ibrahim bin Adham.

Ibrahim bin Adham bekerja disebuah ladang buah-buahan sebagai penjaga kebun. Pelbagai jenis buah ada diladang tersebut termasuk delima dan anggur. Pada suatu hari pemilik kebun tersebut ingin makan buah delima dari kebunnya. lalu beliau memerintahkan Ibrahim untuk memilih buah delima yang manis-manis untuknya. 

Ibrahim mengambil bebrapa biji delima lalu diberikan kepada tuannya. Malangnya kesemua delima tersebut masam. Beliau diminta untuk mengambil yang lain sebagai ganti. Dengan segera Ibrahim menurut perintah. Dibawanya sebakul buah delima kepada tuannya. Malangnya kesemua buah delima tersebut juga masam. 

Tuannya sangat marah dan berkata kepada Ibrahim, "Masya Allah, Engkau ini bagaimana. Setelah sekian lama bekerja dikebunku ini, masih belum dapat membezakan yang mana satu satu delima yang masam atau manis."

Ibrahim lalu menjawab, "aku bekerja disini sebagai penjaga kebunmu saja, bukan tukang rasa. Jadi aku tidak tahu yang mana satu yang manis atau masam kerana aku tidak pernah merasanya."  

Mendengar jawapan tersebut, si pemilik kebun terkedu. Bila difikirkan jawapan tersebut memang betul. Ibrahim hanyalah tukang kebun yang tugasnya hanya menjaga kebun tersebut. Tahulah ia yang berada dihadapannya adalah seorang wali Allah yang sangat amanah.

Kesimpulannya apabila kita diberi tugas menjaga hak milik orang, kita kena sentiasa amanah. Tidak boleh sesekali mengambil atau menggunakan sesuatu yang bukan hak milik kita tanpa kebenaran. Semoga kita semua dalam lindungan Allah..

Comments

  1. kita sering lupa tapi cepat mohon maaf pd pemilik kebun itu ya

    ReplyDelete
  2. pin..pin..pin...lenovo dua bijik heeee

    ReplyDelete
  3. Betul tu, patut benda ni tunjukkan pada Boss, (tahu menyalahkan org je) Bila orang lain tak datang pergi marahkan kat aku, manalah aku tahu, yang tak datang tu bini orang, bukannya bini aku, lepas tu dia tak datang tak maklumkan ke mana dia pergi!

    ReplyDelete
  4. Moga kita sentiasa dilindungi oleh Allahkan Raudzah.....
    Segala yg baik tu mmg nampak mudah nak melakukan tapi dugaannya cukup kuat!

    ReplyDelete
  5. salam. sy setuju pendapat sis :))

    p.s menabung michelin :))

    ReplyDelete
  6. menarik kisahnya....mengingatkan saya supaya sentiasa amanah dlm menjalankan tugas yg diberikan, insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Bukan senang nak jaga amanah. Orang yang takut buat jahat memang takkan jahat.

    ReplyDelete
  8. Astaghfirullah...kadang-kadang kat ofis pon ade terpakai barang2 untuk perkara peribadi. :'(

    ReplyDelete
  9. Amanah sesuatu yang berat dilaksanakan

    ReplyDelete
  10. Salam singgah pagi. Menarik cerita ni

    ReplyDelete
  11. masa kecik-kecik dulu selalu makan rambutan jiran tak mintak izin.aiyak!

    ReplyDelete
  12. bukan senang nak jadi amanah macam Ibrahim tu...

    ReplyDelete
  13. kisah yang sangat menarik untuk diteladani..

    ReplyDelete
  14. semoga kita tidak tersasar . minum nestum di awal pagi ...

    ReplyDelete
  15. kisah yang menarik..semoga menjadi teladan untuk kita

    p/s ada nestum pula :)

    ReplyDelete
  16. Kisah yg mendalam maksudnya utk disematkan sbg peringatan kita. Amanah itu satu tanggungjawab yg berat walaupun kdg kala nampak mudah...
    3x makan nestum sblum lunch.. :D

    ReplyDelete
  17. sangat menarik..moga kita mampu tergolong dalam mereka yang amanah itu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat