Skip to main content

Kisah Wanita Dan Neraka

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t1.0-9/10359540_909361959089572_4724925906406332692_n.png
Renungan Pagi Jumaat

Wanita Yang Kurang Akal Dan Agama


Renungan pagi Jumaat pilihan Blog Santai kali ini adalah kisah wanita dan neraka. Kisah ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh  Abdullah bin Umar RA. Ianya merupakan komunikasi di antara Rasulullah SAW dengan seorang wanita didalam sebuah majlis ilmu.

Abdullah bin Umar RA katanya: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar iaitu memohon ampun kepada ALLAH SWT. Ini kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menghuni neraka.” (HR.Bukhari dan Muslim)

Lalu seorang wanita di antara mereka bangkit bertanya kepada Nabi: “Wahai Rasulullah SAW, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?”

Baginda SAW bersabda: “Ini kerana kamu banyak mengingkari perintah suami. Maka aku tidak pernah melihat mereka yang kekurangan akal dan agama melainkan daripada golongan kamu.

“Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah SAW! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

“Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua wanita adalah sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Adapun yang dimaksudkan dengan kekurangan agama ialah wanita yang tidak mendirikan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadan disebabkan kedatangan haid.”

Semoga kita semua mendapat iktibar dari kisah di atas. Perbanyakkan solat malam, sedekah dan istighfar. Semoga Allah memelihara kita semua daripada neraka jahannam.

Comments

  1. huhu, byk cabaran klau jadi prempuan ni..byk kna jga, kselamtn dri pun kna sntiasa jga..huhu..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya bukan senang nak jadi wanita nie...kena plak di zaman moden nie yang sering diduga dengan pelbagai benda...semoga kita akan sentiasa dirahmatinya...menabung u-mobile sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. perempuan.... paling senang jadi penghuni syurga jika taat... paling senang jadi penghuni syurga jika ingkar..... susah jadi perempuan ni sebenarnya.... nice sharing kak... terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. subhannallah.semoga allah sentiasa merahmati kaum wanita.

    ReplyDelete
  5. Banyak dugaan di dunia ni.. semoga dilindungi dari perkara2 yg buruk... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Kerana perempuan juga lelaki di humban ke neraka..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat