Breaking News

Friday, June 6, 2014

MH370: Dana Untuk Penyiasat Persendirian Di Lancarkan

Ganjaran US$3 juta kepada pemberi maklumat MH370
US$5 Dana Untuk MH370

US$5 Juta Dana Untuk Penyiasat Persendirian


Kisah MH370 tidak pernah sunyi sebenarnya, biarpun hampir telah hilang dari majoriti ingatan penduduk-penduduk diseluruh dunia. Ada je cerita baru yang muncul walaupun bilangan mereka yang sudi membacanya mungkin sudah semakin mengecil. Dan yang terbaru yang menarik perhatian kita adalah mengenai kempen untuk mengutip US$5 Juta Dana Untuk membiayai penyiasat persendirian bagi mencari MH370 yang telah dilancarkan pada Isnin yang lalu melalui laman web Indiegogo.

"Reward MH370: The Search for the Truth"

 
Kempen ni yang dikenali sebagai "Reward MH370: The Search for the Truth", diusahakan dengan kerjasama waris penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India. Usaha mereka ini didorong oleh perasaan kecewa kerana kekurangan maklumat dan bukti yang kukuh tentang kehilangan pesawat MH370. Mereka sangat yakin bahawa seseorang sedang menyembunyikan sesuatu. 

US$3 juta Untuk Pemberi Maklumat


Daripada keseluruhan dana, US$3 juta diperuntukkan untuk mendapatkan maklumat mengenai MH370 manakala baki US$2 juta adalah untuk membiayai penyiasat persendirian. Biarpun masih belum pasti bahawa usaha mereka akan menemui kejayaan, namun mereka percaya sesuatu perlu dilakukan. Mereka yakin jika mereka tidak melakukan sesuatu dan hanya bergantung kepada misi pencarian yang dilakukan oleh pihak Malaysia dengan kerjasama beberapa negara lain, ianya tidak akan selesai. 

Kita amat bersimpati dengan waris penumpang ni. Kita faham perasaan mereka. Kalau kita yang tidak ada kaitan pun merasa kurang senang dengan tindakan beberapa pihak selama ni, apatah lagi mereka yang kehilangan orang tersayang. Wish them all the best. Semoga Allah mempermudahkan usaha mereka dan akan menemui kejayaan. Kalau orang islam kita disuruh berdoa banyak-banyak sambil berusaha kerana doa orang-orang yang terinaya, dengan izin Allah pasti dimakbulkan.

 
Sarah Bajc, seorang warganegara Amerika Syarikat dimana teman lelakinya, Philip Wood, 50, merupakan salah satu penumpang yakin bahawa

" Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang  berbeza. Tetapi  tiada apa-apa ditemui,” kata Bajc, 48, kepada akhbar USA Today.

Guru pengajian perniagaan yang berpangkalan di Beijing berkata ganjaran US$2 juta adalah untuk perkhidmatan penyiasatan "tidak akan pergi jauh" tetapi berkata ahli keluarga akan mengambil pendekatan yang berbeza daripada pasukan carian antarabangsa.

"Jelas sekali, mereka sudah menghabiskan US$100 juta dolar dan masih tidak temui apa-apa. Tetapi kita tidak akan pendekatan menggunakan bot di lautan, kita mengambil pendekatan menggunakan kecerdasan manusia.

kepada-pemberi-maklumat-mh370-37326?cp

8 comments:

  1. semoga kebenaran ditunjukkan..Ameen..

    ReplyDelete
  2. Marilah kita terus berdoa.. mudah2an segala usaha yg baik menemui jln kejayaan... aamiin..

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan ditunjukkan kebenarannya nanti

    ReplyDelete
  4. berdoa tanpa henti untuk mereka..

    ReplyDelete
  5. Semoga segala urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  6. semoga berjalan lancar hendaknya

    ReplyDelete
  7. moga di permudahkan ya :) rasa sedih tetap bermukim

    ReplyDelete

Designed By