Breaking News

Sunday, June 1, 2014

Rahsia Sepotong Doa

http://1.bp.blogspot.com/-D8FeBrzurrQ/Unm8YBfbW0I/AAAAAAAABtY/OC3zR8pPPsU/s1600/Wordless+Wednesday+%23+1.gif
Jadilah Kita Insan Yang Bersyukur

Rahsia Sepotong Doa


Renungan Pagi pilihan Blog Santai adalah mengenai rahsia sepotong doa seorang lelaki di zaman khalifah Umar bin Khattab. 

Suatu ketika Amirul Mukminim Sayidina Umar bin Khattab bertawaf di sisi Kaa'bah. Tiba-tiba beliau mendengar seorang hamba Allah sedang berdoa di Multazam. Ya Allah, Jadikanlah aku termasuk dalam golongan orang yang sedikit.

Khalifah hairan mengapa orang itu berdoa untuk dimasukkan ke dalam golongan orang yang sedikit. Walaupun demikian beliau tidak menegur lelaki tersebut sehingga selesai tawaf. Setelah selesai tawaf, khalifah memanggil lelaki berkenaan untuk menemuinya dan bertanyakan mengapa beliau memohon doa seperti itu?

Lalu lelaki itu berkata, ya khalifah, bukankah dinyatakan dihujung ayat 13 surah Saba' yang bermaksud "Dan sedikitlah daripada hamba-hamba Ku yang bersyukur".

Apabila mendengar jawapan lelaki tersebut, khalifah merasakan dirinya amat kerdil. Barulah dia faham rupanya lelaki tersebut memohon kepada Allah agar beliau dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur yang disifatkan oleh Allah sebagi golongan yang sedikit.

Semoga kita semua turut berada dalam golongan orang-orang yang sedikit. Yang sentiasa bersyukur dengan ujian dan nikmat Allah.

15 comments:

  1. monday cik raudzah..pgi2 mnekn lenovo..

    ReplyDelete
  2. semoga kita tergolong dikalangan orang yang bersyukur

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum....raudz,

    ingatan yang baik.. moga2 kita termasuk dalam golongan hamba2Nya yang sentiasa bersyukur dan berserah diri kepadaNya.

    mselim3

    pls: Amin...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...moga kita semua dijauhkan dari termasuk dalam golongan yang kufur nikmat. :p

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan kita bila dpt yg baik-baik baru bersyukur lupa yg tak baik adalah juga ujian sebagai mengukur sejauh mana kita bersyukur kepadaNya..

    ReplyDelete
  6. Insyaallah... semoga kita jugak termasuk di dalam golongan yang sedikit tu...

    ReplyDelete
  7. Sentiasalah bersyukur..Morning RDZ..

    ReplyDelete
  8. inshaAllah belajar erti bersyukur.. :)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih krn mengingati...syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. belajar mensyukuri apa yang di beri..muhasabah diri..

    ReplyDelete
  11. Aamiin.. semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat anugerahNya...

    ReplyDelete
  12. Aamiin.. semoga kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat anugerahNya...

    ReplyDelete

Designed By