Breaking News

Wednesday, June 4, 2014

Sistem Baru Petrol Hanya Untuk Orang Kaya?

http://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2014/06/Harga-Petrol-1-September.jpg
Sistem Baru Petrol Hanya Untuk Orang Kaya?

Sistem Baru Petrol Hanya Untuk Orang Kaya?


Info menarik pilihan Blog Santai adalah mengenai Sistem Baru Petrol yang mungkin memberikan sedikit impak kepada golongan kaya di malaysia. Kalau you all masih ingat tiga hari yang lepas kita ada berkongsi satu artikel dengan tajuk: RON95 Hanya Dijual Kepada Yang Layak selepas 1 September. Dan semalam kita ada terbaca satu artikel mengenai perlaksanaan  Sistem Baru Petrol tersebut. Ianya agak menarik kalau sekiranya butiran yang didedahkan adalah benar. Antaranya :

1. Pemandu dengan pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 dan ke bawah, dan kereta dengan enjin bawah 2.0 liter adalah layak untuk mendapat subsidi.

2. Mereka yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM5,000 - 10,000 berhak untuk subsidi petrol dan diesel bernilai 300 liter.

3. Mereka yang mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000 mungkin tidak dapat menikmati apa-apa subsidi minyak. 

4. Pemilik kenderaan asing dan kereta asing tidak lagi berhak untuk membeli bahan api subsidi.

5. MyKad mungkin di upgrade untuk memasukkan maklumat mengenai kelayakan pemegang untuk membeli minyak bersubsidi. Alternatively, kad bahan api khas  akan dikeluarkan. Antara maklumat yang terkandung dalam kad ini adalah nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan. 

6. Pemandu perlu mendaftar dengan JPJ untuk mendapatkan kad ini. Dan kad ini perlu di 'swipe" kan di stesen minyak sebelum digunakan.

Berdasarkan butiran perlaksanaan Sistem Baru Petrol diatas, ianya kelihatan agak praktikal. Mungkin penggunaan kad ini mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk memberikan subsidi hanya kepada yang layak serta menjimatkan RM9.8 Billion setahun. Walau apa pun kita pasti setiap initiatif yang dilakukan pasti ada pro and cons.

p/s: Definisi golongan kaya Di Malaysia adalah mereka yang berpendapatan RM5000 ke atas. Sebenarnya jumlah ini bukanlah suatu yang agak besar bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang besar serta tinggal di kota raya. Namun masih lebih baik daripada 80% pekerja di malaysia yang berpendapatan RM3000 ke bawah.  Harap-harap kajian yang mendalam telah diadakan sebelum keputusan ini di buat supaya sistem ini tidak membebankan mereka yang tidak sepatutnya. 

13 comments:

  1. Harap2 ada kajian yg lebih mendalam dal hal ini.. org kl gaji 5000 masih struggle x sama dgn org di bandar2 kawasan daerah2 lain. Klu kat my hometown, gaji 5000 dah mewah dah..
    Harga air kotak yg rm1.20 pun boleh jadi rm2.20 kat bukit bintang, tak kira harga rumah lagi... Susahlah org2 sy struggle di kl ramai di labelkan sbg org kaya ni... Harap ada penelitian yg sebaiknyalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun berpendapat macam saudara khir jugak. Sebenarnya RM5000 adalah satu jumlah yang besar kita orang tu masih belum berkhawin atau bujang tetapi apabila mereka berkhawin ia mungkin berbeza..bagi saya ia lebih kepada golongan yang hidup selesa tapi tak lah kaya...

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  2. RM5K... Nampaknya kita mmg dpt la pakai lagi minyak.ni. Apa2 pikir lah dulu sblum buat sst tu wahai org atasan...

    ReplyDelete
  3. adeh...apapun moga ada jalan terbaik..

    ReplyDelete
  4. Isk lepas nie macam2 lagi yang mereka buat
    Agak2 kalau duit rm100 tu bertahan untuk satu minggu.
    Harga barang mahal..semua nak buat tanpa fikir panjang

    ReplyDelete
  5. Semoga dapat membuat analisan dan kajian yang mendalam tentang isu petrol ini agar tidak membebankan rakyat. Rakyat senang kerajaan bahagia.

    ReplyDelete
  6. Apa yang dirisaukan mengenai sistem ini adalah, berkemungkinan berlaku insiden-insiden seperti sistem kad tersebut tergendala. Hingga akhirnya memaksa pengguna untuk membayar harga minyak tanpa subsidi seperti pengguna 'kaya' yang lain. Faham-faham aje la kat Malaysia ni, sistem elektronik jenis cap ayam. Driver gomen pakai kad Smartpay Petronas dah biasa sangat terkena.

    ReplyDelete
  7. ow...takutnya nk msuk dlm alm pkerjaan..

    ReplyDelete
  8. saya lebih berminat nak tau cara mereka implement..hopefully cara yang akan diputuskan nanti tak membebankan pengguna...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Peninglah sistem ape ni?
    Lagi lambatlah nak pegi keje...nak swipe segala bagai kan..

    ReplyDelete
  10. kajian mendalam hendaklah dilakukan sebelum perlaksanaan...cara2 perlaksanaan pun perlukan kajian....selalu yg berlaku kajian x cukup...perlaksanaan dah jalan dulu...sudahnya macam2 masalah...apa2 pun niat sistem ni nak dilaksanakan bagus...iaitu memberi subsidi pada golongan yang sepatutnya...

    5K pada warga bandar besar... cukup2 jer...kalau ahli keluarga ramai...sesak jugak tu..

    ReplyDelete
  11. harap kajian yang lebih mendalam akan dilakukan..kalau tidak nanti pasti akan timbul pelbagai masalah yang lain

    ReplyDelete

Designed By