Staff KKM Bakal Di Dakwa Isu DNA Babi Dalam Cadbury?

 http://galleryplus.ebayimg.com/ws/web/150833300240_1_0_1/1000x1000.jpg
 DNA Babi Dalam Cadbury

Staff KKM Bakal Di Dakwa


Info serius pilihan Blog Santai adalah mengenai kemungkinan tindakan ke atas Staff KKM yang didakwa telah membocorkan rahsia mengenai mengenai isu DNA Babi dalam dua produk coklat cadbury. Hmmm..Agak pelik dan ganjil. Nampaknya apa perkara yang berlaku dalam dunia ni kadang-kadang memang tak adil. Yang salah di kata benar, yang benar dikata salah. Pihak yang sepatutnya mendapat amaran di lepaskan manakala pihak yang ingin menegakkan kebenaran pula di beri amaran serta tindakan.

JAKIM & Cadbury Bebas Isu DNA Babi 


Kalau JAKIM dan pihak Cadbury sudah pun mengisytiharkan mereka bebas dalam isu DNA Babi, KKM pula dilihat sebagai pihak yang bermasalah. Sampel yang diambil dari pasaran dikatakan tercemar. Dan kini KKM sedang menyiasat secara terperinci untuk mengenalpasti dalang yang membocorkan intipati laporan analisa awal coklat Cadbury yang disahkan tercemar dengan DNA babi yang dikatakan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, berkata hasil ujian dua sampel coklat yang dikesan mempunyai DNA babi pada Februari lalu, disebarkan seorang pegawai kementerian dalam laman sosial sebelum ujian makmal kedua sempat dijalankan untuk pengesahan

Hmm...Pelik jugak kenapa staff tersebut yang menjadi mangsa sedangkan yang tersebar itu hanyalah laporan awal. Kalau laporan awal tersebut tidak benar dan menimbulkan kekeliruan, mengapa pihak KKM mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengesahkan kehadiran Porcine babi dalam sampel tersebut. 

Kenyataan Akhbar Dari KKM bertarikh 24 Mei 2014

DNA Babi: Tindakan KKM


Bagi kita tindakan KKM melakukan analisis ke atas sampel yang diambil dari pasaran serta mengeluarkan pekeliling tersebut adalah tindakan yang betul. Pertamanya kerana pengguna membeli produk dari pasaran bukannya dari kilang.  Keduanya tindakan mengeluarkan kenyataan akhbar tersebut dapat meyelamatkan ramai umat islam dari terus menjadi mangsa. (walaupun kenyataan ini dibuat setelah tiga bulan pemeriksaan dilakukan dan hanya untuk no siri yang disahkan)

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang meragukan dan tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barang siapa menjauhi perkara-perkara yang diragukan (hukumnya) maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barang siapa terperosok ke dalam hal yang syubhah (perkara-perkara yang diragukan hukumnya) maka dia terperosok dalam yang haram. Seumpama seorang penggembala, apabila mendekati suatu lubang maka ada kemungkinan dia terperosok ke dalamnya. Tiap raja memiliki pembela (yang membentengi) dan benteng ALLAH ialah segala apa yang diharamkan-Nya. Sesungguhnya, dalam tubuh manusia terdapat gumpalan darah. Apabila gumpalan darah itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila buruk maka buruk pulalah seluruh tubuhnya. Ketahuilah itu adalah hati.” (Riwayat Al Bukhari).

Inilah peringatan yang dtinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita semua sebagai umatnya supaya sentiasa berhati-hati terhadap makanan dan minuman yang haram dan diragukan status halalnya.

p/s: Isu DNA babi ini dikatakan telah selesai sepenuhnya dengan penangkapan dalang di atas. Hmm..mudahnya jalan penyelesaian ya...Harap-harap tidak ada pihak yang terinaya.

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Google+  

Comments

  1. terkejut baca entri ni, dan nak komen lebih2 tak berani, tapi betullah tu apa yang you katakan tu dear...

    ReplyDelete
  2. salam. huuu sy pun macam kak farah jugak...tak berani nak komen lebih hukss

    ReplyDelete
  3. Kenapa pegawai itu nak didakwa kerana pada kakak pegawai itu ada rasa tanggungjawab sebagai umat Islam. Bila dia dah tahu dia kena war-warkan. Kalau tak betul tapi siapa yg mewartakan kepada rakyat seluruh? bukan pegawai itu kan..

    Apapun Allah juga yg maha tahu.. sedih kakak tau dik dgn kes/isu ini.

    ReplyDelete
  4. Makin terserlah dah tanda nk kiamat nih...

    ReplyDelete
  5. Hurm.. Nasib baik la tak minat coklat.. Sekarang ni dah susah nak bezakan yang mana halal dan haram selain dari yang nyata iaitu anjing dan babi =(

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. kalau ragu2 jgn makann..coklat lain bnyak lagi..:)

    ReplyDelete
  7. AMIK PRODUK KILANG BUAT RETEST...AKU PON X TAU NAK KT APA DAH KAT JAKIM NIH....NO MORE CADBURY DALAM HDUP AKU....PHUIII CADBURY.....

    ReplyDelete
  8. mana satu betul pun tak tahu, ada yang kata perbuatan sabotaj, sebab dalam cadbury ada saham felda, ada yang kata, memang ada DNA babi, sebab tu dipertahankan habis-habisan sebab saham felda.
    Aku punya keputusan, memang tak beli dah coklat ni sampai bila-bila, sebab dah was-was. Kalau betul perbuatan sabotaj, harap bertaubatlah si dalang tu, tapi andainya benar, dia menegakkan kebenaran dan melindungi umat Islam.

    ReplyDelete
  9. Pelik..yang mana nak percaya ni..

    ReplyDelete
  10. tak berani jugak nak komen ni.... tapi perkara yang mendatangkan was2 biarlah dijauhkan... :) sukar nak percaya pada mereka2 yang terlibat.....

    ReplyDelete
  11. memang tak berani nak komen lebih-lebih tapi cara diorang tu buat orang was was je

    ReplyDelete
  12. saya dah was-was dengan jenama ini...pilih jenama lain kalau nak makan cokelat!

    ReplyDelete
  13. They should engage a more established lab to conduct the test next time.

    ReplyDelete
  14. Klu diikutkan bocor rahsia tu mmglah salah.. tp dlm isu ini, sepatutnya yg terfikir nak mendakwa tu seharusnya fikir baliklah. Undang2 ni bukan utk org jadi bodoh.. lurus tak bertempat. Manusia kan ada otak, hal2 mcm ni sepatutnya semua org dlm organisasi tu yg kena dakwa termasuk pendakwa tu sekali.. bukan individu tu je. Inilah bila dari kecik ikut buku je. Takkan tertegaknya undang2 dgn org2 mcm ni..
    Adat manusia jahil... bila nak menutuk kepincangan je, mulalah cari individu nak dipersalahkan seolah2 yg lain tu tak bersalah lah... ini isu agama beb!!

    ReplyDelete
  15. pening + bosan..hehehehe..

    ReplyDelete
  16. Tak makan cokelat qadbury pun bukan lah satu keperluan , itu kehendak . Kita ada alternatif jenama yg lain .
    pendapat ulamak tersohor pun ada khilaf yg berbeza2 tentang DNA babi , inikan pulak kita yg hanya mengikut andaian . Masa kini pendapat ulamak yg kita sokong mengikut kepolitikus itu kita akan sokong . Tapi bukan sehaluan dgn pemikiran kita akan komdem seolah kita pun mengaji mcm ulamak .
    Jika terang2 dlm alquran & hadis mengatakan haram maka haramlah .
    Membocorlan rahsia mengikut penjawat awam memanglah satu kesalahan mengikut perintah am pekeliling dan peraturan penjawat awam tanpa disahkan oleh ketua hiraki.
    jika pemerintah mengatakan sudah halal maka terpulang kpd pengguna membuat keputusan . Was - was jadinya haram .
    isu ni bolehlah dikaitkan dgn produk lain seperti minyak wangi , perasa , ubatan dan alat kosmetik .

    ReplyDelete
  17. Kaedah ujikaji berbeza diantara KKM & JAKIM .
    KKM ada fasiliti & reability berbanding JAKIM menggunakan outsoure LAB .
    Kita rakyat msia menggunakan itjmak ulamak sunnah wal jamaah dlam merungkai permasalahan berkaitan khilaf .
    Ramai bijak terlebih pandai dlm alam maya menunjukkan pendapat menggunakan andaian .
    Dahulu minyak wangi berunsur alkohol pun tidak boleh dibawa solat , ni kan pulak unsur BABI .

    ReplyDelete
  18. brunei dah sahkan cadbury malaysia halal..nak kata apa plak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat