Breaking News

Tuesday, June 3, 2014

Syed Mokhtar Bakal Ambil Alih MAS?

  
TS Syed Mokhtar

Syed Mokhtar Bakal Ambil Alih MAS?

 
Info menarik pilihan Blog Santai adalah mengenai spekulasi bahawa Syed Mokhtar bakal menjadi pemilik MAS yang baru.  Setelah mengalami pelbagai masalah dalaman dan luaran, MAS mungkin akan bertukar pemilik. Pada ketika ini kerajaan melalui KHAZANAH Nasional Bhd adalah merupakan pemegang saham terbesar MAS (69%).  

MAS Perlu Di Swastakan


Ramai yang berpendapat bahawa kerajaan perlu melepaskan seluruh pegangan saham yang ada di dalam Malaysia Airlines System (MAS) kepada pelabur baru. Biarkan perniagaan tersebut  diuruskan oleh ahli perniagaan melalui langkah penswastaan. Selain daripada Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranum, Syed mokhtar juga adalah antara nama yang disebut-disebut bakal menjadi pemegang saham terbesar dalam MAS.
 
  
Profil Syed Mokhtar

Profil Syed Mokhtar

 
Jika dilihat dari segi business profil, Syed Mokhtar, 62 tahun dikatakan lebih layak untuk menguasai MAS berbanding yang lain kerana tarck record yang dimilikinya. Beliau adalah 'the man behind conglomerates" seperti DRB-Hicom, MMc Corporation dan tiga lagi syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham. Secara purata beliau bertanggungjawab keatas 110,000 orang pekerja di Malaysia. Beliau juga adalah merupakan orang ke tujuh terkaya di malaysia dengan nilai harta  $3.1 billion. 

Syed Mokhtar Mengusai Industri Pengangkutan?


Selain daripada mengintai peluang untuk menguasai MAS, Syed Mokhtar juga dikatakan berminat untuk menguasai Keretapi Tanah Melayu. Sekiranya beliau berjaya menguasai kedua-duanya, ini bermakna beliau menguasai sebahagian besar Industri pengangkutan negara. Proton, MAS dan KTM. Hmmm...Tanggungjawab yang besar tu!!!

Cabaran mengambilalih MAS sahaja rasanya cukup besar. Mengembalikan zaman kegemilangan MAS setelah tiga tahun berantakan bukanlah kerja yang mudah. Apa-apa pun Good Luck TS...

1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Google+   

20 comments:

  1. bukan mudah nak sandang ini jawatan uh...

    ReplyDelete
  2. dari semalam saya datang berkali2 tunggu ketuk "dia" tak ada uh..mungkin malam ni ada agaknya

    ReplyDelete
  3. Syabas dan tahniah pada Tan Sri Syed Mokhtar, sekiranya berita ini benar. Tak hairanlah kalau dia ambil alih MAS, kerana pada usia 24 tahun, beliau telah pun menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

    ReplyDelete
  4. Kalau betul beliau yang amik, mungkin beliau boleh bantu pulihkan kembali MAS

    ReplyDelete
  5. Terdengar juga berita ini. Terpulanglah siapa pun asalkan orang Malaysia dan mampu membawa MAS kembali untung dan gemilang. Cukuplah dah duit rakyat digunakan utk menyelamatkan MAS ni.

    ReplyDelete
  6. kagum dengan beliau ... ada juga terdengar... moga ke arah kebaikan bersama

    ReplyDelete
  7. saya sokong lah sangat klu ts syed mokhtar ambil alih . MAS perlukan anjakan paradigma klu nak beri service lebih baik dan mendapat utg ...

    ReplyDelete
  8. Bolehlah rasanya dia ni.. layak. Mudah2an dpt membawa kebaikan bukan shj kpd perniagaan MAS, malah memulihkan nama negara dlm hal2 penerbangan juga.

    ReplyDelete
  9. ...selamat maju jaya Tan Sri...teringat kisah pengambil alih sykt DRB Hicom suatu ketika dulu

    ReplyDelete
  10. Bagus jugak tu......
    Bangga jugak.... ada jugak bangsa kita yang kaya ...

    ReplyDelete
  11. Beliau salah seorg ikon jutawan negara... Mgkin ada baiknya.. Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  12. Nurul ada terbaca misi dan visi Tan Sri Mokhtar ni.. rasa sungguh terharu dan kagum! Moga Allah permudahkan segalanya untuk beliau.. In shaa Allah

    ReplyDelete
  13. Hopefully dia boleh bantu memulihkan MAS dari masalah yang dibelunggu sekarang..ade terdengar gak pasal SM nak amik alih KTM..itu pun saya sokong kerana KTM juga perlukan nafas baru....

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  14. salah seorang yg berjaya hasil dari DEB

    ReplyDelete
  15. semoga beliau boleh memulihkan kembali prestasi MAS ke tahap yang lebih baik.

    ReplyDelete

Designed By