Wajah Comel Budak OKU Sebelum Di Kurung

 Wajah Comel Budak OKU Sebelum Terbiar
Permata Hati Lola Yang Terbiar

Wajah Comel Budak OKU


Bila tengok gambar-gambar lama Muhammad Firdaus Dullah, 15, budak OKU yang dikurung bersama sampah dan najis di rumahnya di Flat Taman Semarak, Nilai mesti ramai yang kata comelnya budak ni. Kenapalah ibu dia sanggup buat macam tu.... 

Wajah Comel Budak OKU Sebelum Terbiar
 Permata Hati Lola Yang Comel
 Wajah Comel Budak OKU Sebelum Terbiar 
Permata Hati Lola Yang Sihat
 Wajah Comel Budak OKU Yang Dikurung
Lola, Ibu Muhammad Firdaus Dullah

Memang ramai yang marah dan tak puas hati. Kalau tengok dari komen-komen di facebook dan twitter yang diluahkan oleh pembaca-pembaca kat luar sana, memang ramai yang tak sabar dengan sikap Lola, ibu kepada adik OKU ni. Yalah kalau tengok dari gambar-gambar selfie beliau, tentunya alasan beliau yang kesempitan hidup dan tidak mempunyai masa untuk memberi perhatian kepada adik Firdaus memang tak boleh diterima akal.

Ibu Budak OKU Di Tahan Reman


Walau apa pun, itu yang kita nampak secara luaran. Kita tak tau kisah sebenar. Namun sebagai manusia, pasti ada yang tak kena kalau seorang ibu sanggup bertindak macam ni. Semoga penahanan reman Lola selama empat hari, dapat menghuraikan masalah yang ada. Dan harap-harap kes ni menjadi pengajaran kepada mana-mana ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak-anak OKU. Kalau tak mampu untuk menjaga mereka, serahkan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab supaya mereka tidak terabai dan terinaya.

Comments

  1. entahlah raudz..tak berani nak cakap, takut fitnah pulak.semoga anak tak berdosa ni akan mendapat pembelaan sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah, budak ni, berjaya diselamatkan. Tak dapat bayangkan berapa lama dia duduk terkurung dalam bilik yang dilimpahi air kencing dan najis.
    Berapa lama dah dia tak makan, kalau sehari tak makan, tak begitu rupa keadaannya. Pakaian pun lama dah tak ditukar. Semoga tak de lagi, kejadian macam ni berlaku. Setiap kali menatap wajahnya yang kurus cengkung, mata saya sentiasa bergenang.
    Ya Allah, kau berikanlah kekuatan pada anak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya terpikir benda yang sama :(
      Kenapelah ada manusia sezalim ini yang menganiaya kanak-kanak yang tidak berdosa ini? Adakah kerana malu mempunyai anak oku? Wallahua'lam..

      Delete
  3. alhamdulilah...moga adik malang in terus di beri perlindungan...

    klik promote content utk raudah...

    ReplyDelete
  4. salam. dah tak serupa dia da wajahnya kini :((

    ReplyDelete
  5. moga adik firdhaus kembali berisi...sangat sedih dengan kejadian sebegini.

    ReplyDelete
  6. mak dia melaram banyak pulak duit.. tp anak sendiri..hurmm.. harap dia dapat balasan yang setimpal...

    ReplyDelete
  7. semoga adik firdaus kembali sihat...

    ReplyDelete
  8. Doakan yg baik utk adik ini..

    ReplyDelete
  9. kesian tgk adik ni kurus kering.. tak sanggup tgk derita OKU ni.

    ReplyDelete
  10. harap mak dia dapat balasan yang setimpal diatas setiap perbuatannya...sedih tengok keadaan adik ni

    ReplyDelete
  11. semoga adik firdaus sihat dan berisi kembali...

    ReplyDelete
  12. smoga adik firdaus semakin sihat..
    dan kita... menjadi masyarakat yang lebih peka..
    Allah a'lam...

    ReplyDelete
  13. Ada iras2 Tegar lah.. semoga beliau sihat...

    ReplyDelete
  14. Rupa adik firdaus tu sebiji muka mak dia kan... anak mak nie... :)

    ReplyDelete
  15. macam2 dunia hari ni... Semoga budak istimewa ni kembali sihat

    ReplyDelete
  16. Jgn jgn lola tu bekas kawanku dulu, nma asal lela tpi dah jadi lola, kesian anak tu, nasib baik pihak berwajib temui

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat