3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu


 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Pesawat Terhempas

3 Pesawat Terhempas Kurang Dari Seminggu


Tragedi dunia penerbangan. Setelah kehilangan misteri MH17 pada April yang lalu, nampaknya minggu ini adalah merupakan minggu yang paling menyedihkan bagi dunia penerbangan. 3 pesawat menjadi korban apabila ditemui terhempas dalam masa seminggu yang telah mengorbankan hampir 462 nyawa.

 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu 
Pesawat MH 17 Terhempas Di Timur Ukraine
3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Bangkai Pesawat MH17

Pesawat MH17 Di Tembak Jatuh


Kesedihan bermula apabila Pesawat MH17 milik MAS terhempas setelah ditembak jatuh di Timur Ukraine. Pesawat malang itu telah mengorbankan 298 anak kapal termasuk penumpang. Sehingga kini tiada bukti kukuh siapa yang bertanggungjawab melakukannya.

 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Pesawat ATR-72 Terhempas Di Selat Taiwan
3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Bangkai Pesawat ATR-72 

Pesawat ATR-72 Terhempas


Malam Rabu lepas, Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 48 penumpang dan kru pula terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di Selat Taiwan. Ribut petir yang melanda akibat Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan ATR-72 itu terhempas. Nahas tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan. Mangsa yang maut terdiri daripada 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang menjalani kerja amali di Taiwan.

 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu 
Pesawat Air Algerie Terhempas Di Mali

Pesawat Air Algerie Terhempas

 
Dan semalam, pesawat Air Algerie yang membawa 116 penumpang telah disahkan terhempas. Pesawat tersebut yang dalam dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers telah terputus hubungan selepas 50 minit berlepas ke Algiers. Bangkai pesawat Air Algerie tersebut telah ditemui di Mali berhampiran sempadan Burkina Faso. Menurut Menteri Luar Laurent Fabius, pesawat AH5017 itu berlepas dari Ouagadougou ke Algiers terputus hubungan akibat cuaca buruk. Kalau majoriti penumpang MH17 adalah rakyat Belanda, separuh daripada jumlah penumpang pesawat Air Algerie adalah merupakan warga Perancis.

Doa Nail Pesawat
Doa Naik Pesawat

Kalau sebelum ini, penerbangan udara telah dianggap yang paling selamat, selepas 3 kejadian ini mungkin kita terfikir sebaliknya. Dan yang pasti bukan MAS aje yang tak selamat tapi penerbangan lain juga. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Kita hanya mampu berdoa supaya tragedi ini tidak berlaku kepada kita semua.

Comments

  1. ada sebab juga Allah jadikan doa naik kenderaan tu kan...mama sha selalu pergi manapun dia selalu berdoa ''selamatkanlah perjalanan kami''... macam2... fobia sha... memang rasa tawar hati dah nak naik kapal terbang....

    ReplyDelete
  2. semoga menjadi pengajaran kpd kita,
    setiap musibah yg berlaku.

    ReplyDelete
  3. salam. betul tu kak..semuanya berlaku dengan izin Allah...kita hanya mampu berdoa dan berserah..

    ReplyDelete
  4. seriau dan dah jadi phobia pulak nak naik airplane...

    ReplyDelete
  5. ada sbab knapa setiap kjadian tu berlaku..
    itu tandanya allah suruh kita berfikir..byak pngajaran bleh diambil..

    slim2 utk blan puasa x2

    ReplyDelete
  6. bila berlaku camni jadi trauma nak naik flight dah.
    nak tak nak terpaksa jugak.
    mungkin ujian daripada Allah.

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua sentiasa dilindungilah... skrng trend pesawat.. tak taulah apa pulak lepas ni. Harap tiadalah yg lebih memburukkan lagi...

    ReplyDelete
  8. rasa takut nak naik flight..klik dove

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Ianya bagaikan satu kebetulan yg sering terjadi...kejadian melibatkan benda yg sama berturut2...

    Salam Lebaran buat RZ sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
  10. betul tu bnyak kemalangan yg melibat pesawat pnerbangan kan.. stiap musibah yg brlaku ada hikmahnya, :)

    salam aidilfitri raudzah..:)

    ReplyDelete
  11. It is a bad year for air flight.

    ReplyDelete
  12. takut gak nak naik flight...tapi kalau nak mati, tengah duduk depan pc pun boleh mati.tawakkal pada Allah, itu yang penting..

    ReplyDelete
  13. Hmm...takut tak takut bukan alasan untuk tidak bertemu keluarga jika hanya penerbangan udara jadi penghubung. Bagi kathy berdoa dan berserah pada ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  14. macam musim pulak.. setiap kejadian tu ada hikmahnya. doakan yg baik2 bila naik pesawat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat