6 Cara Untuk Bantu GAZA

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t1.0-9/10520701_782571061765137_4103357861435060922_n.jpg
Serangan Di GAZA

6 Cara Untuk Bantu GAZA


Hari ni masuk hari ke dua puluh dua serangan rejim pengganas Zionis di Gaza. Jumlah syuhada semakin meningkat. Hospital penuh sesak dengan mereka yang tercedera. Harta benda banyak yang musnah. Kerosakan yang terlalu besar dan tak mampu ditanggung oleh rakan-rakan kita di GAZA. Sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajiban kita untuk membantu saudara-saudara kita di GAZA dalam apa jua cara sekalipun. Antaranya:

Memberi sumbangan harta: Mereka amat memerlukannya dana untuk  membangunkan semula infrastuktur yang musnah. Dana yang diperlukan adalah bagi tujuan perubatan, pendidikan, makan-minum, pembangunan semula bangunan-bangunan yang dimusnahkan, pembelaan anak-anak yatim dan macam-macam lagi. Pada yang ingin menderma, boleh refer di sini untuk tujuan sumbangan k: Sumbangan Untuk GAZA

Berdoa: Doa adalah senjata mukmin yang paling efektif, terutamanya dalam waktu-waktu krisis. Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah adalah Qunut Nazilah. Jangan lupa doakan kemenangan umat Islam setiap kali selepas solat fardu dan juga pada kesempatan-kesempatan lain.


Boikot produk penyokong Zionis: Boikot adalah satu mekanisme efektif yang telah berjaya di banyak negara dalam memberi tekanan kepada Israel. BDS movement, sebuah gerakan anti aparteid yang berusaha keras untuk memboikot rejim pengganas Zionis melaporkan bahawa nilai eksport Israel berkurang dengan signifikan kesan daripada boikot.


http://jasminesumayyahwashington.files.wordpress.com/2014/07/israel_gaza-conflict_wordpress3.jpg
 https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t1.0-9/p261x260/10500369_758343364228780_1091175197191850283_n.jpg
 https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t1.0-9/s526x395/10416582_10152597849251742_7086020308468145665_n.jpg

Perbaiki kualiti ibadah: Seorang jeneral tentera Israel bernama Moshe Dayan pernah menyatakan dia hanya akan gentar bila umat Islam mampu untuk solat Subuh berjemaah di masjid sepertimana solat Jumaat. Ini adalah petunjuk bahawa Israel memahami hakikat agama ini, iaitu mereka hanya akan ditumpaskan oleh kelompok Muslim yang berkualiti. Maka kita mesti memulakannya dengan memperbaiki kualiti ibadah terutamanya ibadah wajib. Ibadah sunat juga mesti dipertingkatkan. Biasakan diri kita dengan zikir-zikir dan bacaan al-Quran.

Perihatin tentang Isu Palestin: Untuk memahami isu ini dengan lebih baik, kita perlu faham apa yang berlaku di GAZA. Tidak cukup sekadar kita berkongsi emosi pada waktu krisis sahaja. Kesedaran ini hanya boleh diperolehi, jika kita mempunyai maklumat yang tepat tentang isu yang berlaku di palestin sejak tahun 1948. Isu Palestin bukan sekadar isu serangan di Gaza.

Kempen kesedaran: Kesedaran tentang isu Palestin perlu dipromosikan seluas-luasnya. Gunakanlah apa sahaja medium komunikasi yang ada untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan isu ini kepada umat Islam seperti Blog, Facebook, Twitter, YouTube atau apa jua medium yang ada.

Boikot cara hidup Zionis: Akhir sekali, cara hidup tajaan rejim pengganas Zionis untuk melalaikan umat Islam seperti berhibur secara berlebihan, membuang masa dengan aktiviti lara, membazir dengan kemewahan melampau dan terlibat dalam pergaulan bebas tanpa batas mesti diboikot, jika kita benar-benar serius untuk membebaskan Al-Aqsa.

Semoga setiap usaha kita diberkati Allah. Aminn.. 



Source

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini...ternyata selain doa kita mesti ada usaha untuk memboikot barangan mereka

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  2. Perkongsian menarik. Salam 4 syawal sis..

    ReplyDelete
  3. Dalam kita sibuk meraikan Syawal, terima kasih atas peringatan tentang mereka...

    ReplyDelete
  4. sesama kita usaha memperbetulkan....Sedih tgk gambar2 tu

    ReplyDelete
  5. Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...

    ReplyDelete
  6. ada jugak yang pijak bendera zionis tanda protes... hurm... agak tidak wajar... :)

    ReplyDelete
  7. great methods to help. Thanks!

    ReplyDelete
  8. tapi kalaulah dekat Gaza ni, saya ambil cara ke-7, sertai pejuang Al-Qassam, tak sanggup tengok anak-anak kecil yang belum puas mengenal erti kehidupan, menderita dan meninggal dunia pada usia muda.

    ReplyDelete
  9. hm. licha skrg praktis boikot. mana yg boleh elakkan tu mmg tak beli la

    ReplyDelete
  10. insyaallah... kita bantu semampu yang boleh

    ReplyDelete
  11. Doa & terus berdoa... mari kita semua satukan doa, sesungguhnya doa itu senjata mukmin... Allahuakbar..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih untuk sharing yang sangat berguna.
    Dah wassap kat semua group.
    Insyaallah akan lebih tersebar.

    ReplyDelete
  13. sedih betol tgk kanak2 di palestin.. doakan untuk mereka. in shaa allah banyak sumbangan buat mereka di sana

    ReplyDelete
  14. Kesian tgk mereka..
    Semoga segalanya berakhir dgn kemenangan...Allahuakbar

    ReplyDelete
  15. Buatlah sekadar yg mmpu...jgn buat tak tahu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat