Breaking News

Thursday, July 3, 2014

Alahai Senangnya Nak Jadi Warga Malaysia

Warganegara Express 
 Warganegara Express

Senangnya Nak Jadi Warga Malaysia


Senangnya nak jadi warga Malaysia ya. Janji ada duit. Apa yang mereka perlu dilakukan hanyalah menyediakan duit antara RM5,000 hingga RM150,000 sebagai bayaran. Kalau dah buat bayaran semua boleh dapat. Sijil kelahiran, sijil kerakyatan, MyKad dan pasport Malaysia. Pilih aje yang mana satu. Hmmm..

Urusan yang dikenali sebagai "kerakyatan ekspres" ini dipercayai didalangi sindiket tempatan yang bersekongkol dengan sindiket antarabangsa dan beberapa agensi kerajaan. Mereka dipercayai membeli data peribadi rakyat tempatan pada harga tertentu dan menggunakan maklumat berkenaan untuk memohon dokumen untuk warga asing dengan menawarkan pelbagai pakej secara berasingan seperti berikut:

Pakej Warganegara Express


1. RM150,000 untuk kerakyatan ekspres. Warga asing boleh memiliki semua dokumen negara untuk mereka menjadi warga sah negara Malaysia. 
2. RM50,000 untuk pasport Malaysia sahaja.
3. RM15,000 untuk MyKad sahaja. 

4. RM5,000 untuk sijil kelahiran.

p/s: Siapalah warga negara Malaysia yang sanggup jual negara sendiri ya...Hmmm 

28 comments:

  1. sapa la punya keja, skarang aku tngok org asing rmai dlm Malaysia ni, tkut plak.

    ReplyDelete
  2. malaysia ini asalkan ada duit apa pon boleh :(

    ReplyDelete
  3. salam. entri ini menarik perhatian sy..senang ja kan warga asing nak dapatkan kerakyatan..yang penting ada duit..yang bersusah payah memohon untuk kewarganegaraan pulak asyik kena reject padahal parents memang orang Malaysia cuma anak terlahir di Brunei.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. p.s terlupa hehehe menabung jetta :))

      Delete
  4. Sedihnya kalau inilah cara mereka bekerja...

    ReplyDelete
  5. kalau betul2 terjadi, kalau Sarjan Hassan ada Memang Sarjan Hassan tembak lama dah, seperti mana Buang yg menjadi tali barut Jepun dalam Sarjan Hassan

    ReplyDelete
  6. sedihnya sis...sewenangnya mereka memperjudikan negara sendiri.... :'(

    ReplyDelete
  7. demi jetta , manusia sanggup melakukannya ... ermmm

    ReplyDelete
  8. biasalah kalau ada duit sma bleh dibeli..
    jettax2

    ReplyDelete
  9. bahaya skrg ni.. kadang2 rasa bukan ada dalam negara sendiri dah. hurm . sanggup menjual harta negara sebab duit

    ReplyDelete
  10. Doniaaa ni... asal ada duit... bunuh orang pun boleh tutup kes... ironi kak....

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum... raudz,

    macam2 kan.. bila ada duit semua boleh dapat kan.. ermmmm..

    mselim3

    ReplyDelete
  12. semuanya kerana duit...orang sanggup nak buat apa sahaja kan

    ReplyDelete
  13. Macam pernah dengar ja sblm ni... tapi mcm tiada tindakan diambil pihak berkuasa

    ReplyDelete
  14. kerajaan perlu ambil tindakan tegas ni...

    ReplyDelete
  15. Sedihnya.. kalau tak dibendung dgn cpt, makin ramai la org asing yg akan jd warganegara wlpun tak lahir kat Msia nie...

    ReplyDelete
  16. berani plak buat iklan mcm ni yer...ini salah satu punca merata2 warga asing sekarang ni...

    ReplyDelete
  17. Orang ini yang patut ditangkap dulu

    ReplyDelete
  18. Hal2 mcm ni mmg sedihlah... Bila jadi hamba duit.. apa pun boleh hhmmm...

    ReplyDelete
  19. Buang negara!
    Ni mesti x belajar sejarah perjuangan Tanah Melayu betul2. Tak menghayati sejarah!

    ReplyDelete
  20. rakyat pulak yg menjadi mangsanya nanti..hurmmm..

    ReplyDelete
  21. hmm.. org lain kena bahananya..

    ReplyDelete

Designed By