Breaking News

Wednesday, July 2, 2014

Amalan Ke Syurga

zikir Amalan Ke Syurga
Amalan Ke Syurga

Amalan Ke Syurga


Renungan Pagi pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah kisah amalan yang membawa ke syurga. 

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa terdapat dua amalan yang jika seseorang Islam mengambil berat terhadap kedua-dua amalan tersebut nescaya dia akan memasuki syurga. Kedua-dua amalan tersebut adalah sangat ringan tetapi sangat sedikit orang yang beramal dengannya.

Pertama ialah membaca "Subhanallah", "Alhamdulillah" dan "Allahhuakbar", sebanyak 10 kali selepas setiap solat fardu. Jumlah keseluruhan adalah 150 kali sehari.

Amalan yang kedua adalah membaca "Subhanallah" 33 kali, "Alhamdulillah" 33 kali dan "Allahhuakbar" 34 kali sebelum tidur. Jumlah keseluruhan adalah 100 kali.

Seorang sahabat bertanya Rasulullah S.A.W., "Wahai Rasulullah, mengapa sangat sedikit orang yang beramal dengan kedua-dua amalan tersebut, sedangkan amalan itu sangat mudah?".

Baginda bersabda: "Ketika waktu hendak tidur, syaitan menidurkan seseorang itu sebelum dia sempat membaca kalimah-kalimah tersebut. Setelah mengerjakan solat maka syaitan memperingatkan kepadanya sesuatu yang menyebabkan dia bangun dan pergi sebelum sempat membaca tasbih tersebut."

13 comments:

  1. amalannya sgt mudah tp saya selalu lalai...thanks, nice sharing

    ReplyDelete
  2. walaupun senang..tapi susah nak buat...

    ReplyDelete
  3. Tulah kan Raudzah..... bulan puasa ni Syaitan dah tak de.....tapi didikan dia buat kita terbiasa ....hish

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan kita tergolong di dlm syurga
    "Subhanallah", "Alhamdulillah" dan "Allahhuakbar",
    amin

    ReplyDelete
  6. salam. nice sharing sis..semoga kita amalan kita semua menuju ke jalan syurga..amin

    ReplyDelete
  7. walaupun mudah jarang orang nak membuatnya.. nice info raudzah

    ReplyDelete
  8. tak banyak, sikit pon jadi kan.. terima kasih atas perkongsian tu kak..:)

    ReplyDelete
  9. Subhanallah... T kasih atas perkongsian Raudzah..

    ReplyDelete
  10. Ermmm..
    Betul..mudah tapi tetap x amalkan.

    ReplyDelete

Designed By