Breaking News

Thursday, July 3, 2014

Denda RM150 Jika Bersedekah

Denda RM150 Jika Bersedekah
Denda RM150 Jika Bersedekah

Denda RM150 Jika Bersedekah


Denda RM150 jika bersedekah. Hmm...banyak tu...Nampaknya Isu sedekah, pengemis dan gelandangan semakin panas. Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai Isu ini telah mengundang banyak kritikan kerana ianya dianggap zalim serta tidak berperikemanusiaan

Kalau dilihat dari sudut kemanusiaan ianya memang agak zalim. Takkan bersedekah pun kena denda kan. Bayangkan sedekah RM10, denda RM150. Tak wajar rasanya pemberi sedekah dihukum, malah amalan murni untuk bantu orang dalam kesusahan juga tak boleh disekat sewenang-wenangnya. Malah tiada negara dalam dunia ni yang menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan tindakan diambil ke atas pemberi sedekah.

Menurut Tengku Adnan, sikap murah hati warga kota yang tidak bertempat menjadi punca kegiatan pengemis sukar dibendung. Untuk itu undang-undang berkaitan isu pengemis ni perlu dikuatkuasakan. Perlaksanaannya akan bermula dalam masa dua minggu dari sekarang.

Denda RM150 Jika Bersedekah 
Penghibur Jalanan
 
Segala kutipan denda akan diuruskan oleh DBKL untuk membantu golongan miskin. Biarpun tujuan utama kerajaan untuk menghapuskan kegiatan meminta sedekah yang membabitkan kanak-kanak dan orang pelarian yang menjejaskan imej negara adalah baik, namun seperti yang kita katakan sebelum ini, mereka-mereka yang dianggap sebagai penghibur jalanan sebaiknya dikecualikan. Itu adalah bakat mereka dan cara mereka mencari rezeki. Dan kerajaan seharusnya menyediakan alternatif lain untuk membantu mereka. 

Bagi kita bersedekah ni bukan isu murah hati, tapi itu adalah ketentuan Allah bahawa ada bahagian daripada rezeki kita milik orang lain. Dan pastinya dalam keadaan ini ia milik si pengemis. Ianya berlaku kerana Allah telah gerakkan hati kita untuk berkongsi rezeki dengan mereka. 

Dan mungkin ada yang berkata banyak cara lain lagi untuk bersedekah. Sangat betul dan tak dinafikan. Rasanya pada mereka-mereka yang suka bersedekah ni, tak ada limitation. Rumah kebajikan ke, pengemis ke atau mana-mana pihak yang memerlukan, semuanya ada bahgaian masing-masing. Cuma dalam kes pengemis ni, ianya agak senang. Sambil jalan-jalan nak gi shopping pun boleh bersedekah. Dan bagi kita sendiri, kita memang looking forward untuk berkongsi rezeki dengan mereka setiap kali shopping di jalan Tuanku Abdul Rahman punya area. Kita suka dengar suara dia orang dan perhatikan nasib mereka-mereka yang kurang bernasib baik ni. Its a blessing to us yang sempurna dan dikurniakan rezeki yang lebih baik daripada mereka.

28 comments:

  1. Assalamualaikum kak, dah kenapa pula kerajaan ni? Masyallah. inilah yang terjadi kalau tak amalkan sunnah dan syariat yang Allah dah tetapkan. rezeki dikongsi bersama, lagi barakah hidup. pahala pun dapat... bukannya susah, hulur dan ikhlaskan hati.. in shaa Allah..

    ReplyDelete
  2. ermm..no komen lah isu ni sis.....buat ap yg kita rasa itu adalah baik..:D

    ReplyDelete
  3. macam2 isu sekarang nie.. kite tengok je la ape jd lepas nie.. menabung promoted content fifa juga..

    ReplyDelete
  4. entah la tak tahu nk kata mcm mna, skarang ni mcm-2 hal brlaku..=)

    ReplyDelete
  5. pandangan berbeza..menteri tersebut melihat dari sudut berbeza..kita pulak melihat dari sudut lain...ada pro n kon di situ...

    ReplyDelete
  6. mungkin kerajaan nak mengelakkan lebih banyak pengemis jalanan....

    ReplyDelete
  7. hmm.. tak tau nak komen apa tentang denda tue.. zalim ke takk.. tapi kita pikir positif dulu lah.. bagi yang nak menderma boleh salurkan kepada saluran yang betul; ada banyak rumah kebajikan dan lain2 institusi yang berkaitan. wallahua'lam

    selamat berpuasa dan banyakkan sedekah.. p.e.a.c.e.

    ReplyDelete
  8. BOLEH PERCAYA KE INSTITUSI YG AD SKANG NIH..MAIWP PON SELEWENG DUIT ZAKAT INIKAN PLAK DUIT DERMA...

    ReplyDelete
  9. Tapi menteri tu kata, denda RM 150 tu pun akan digunakan utk kepada pengemis tu juga, kalau betul, maknanya denda tu dapat pahala juga.

    ReplyDelete
  10. kekadang tak ramai yang pergi masjid, atau memana sumber untuk bersedekah... so diorang hulur je laa pada pengemis dan para2 buskin ni... tapi itulah.... menteri pandai sangat... tak boleh buat apa..

    ReplyDelete
  11. Makan nak perabis duit negara mcm ni.. Pada saya klu pengemis tu tak layak mengemis sbb tiada permit, tangkap jelah spt kebiasaan. Selama ini pun penguatkuasaan lemah, lagi skrng tambah nak tangkap org yg memberi sedekah pulak... kelakar lah. Inilah jadi bila buat undang2 dari pejabat je. Nak kata bijak mmg dah bijak sbb menteri... tapi berapa keratlah penguatkuasa dbkl tu & kerja yg ada skrng ni pun tak tersettle.. Yg mintak sedekah tiada permit pun tak tertangkap, lagi nak tangkap org yg beri pulak hahaha bijak.. :D

    ReplyDelete
  12. kalau kerajaan pandai sepatutnya settlekan masalah rakyat miskin dulu..

    ReplyDelete
  13. Ini semua propa kerajaan je. Tabung kerajaan dah habis rakyat yg dicari salahnya. Macam ni nak jadi contoh kat anak muda?

    ReplyDelete
  14. hmm... penat pikir dgn org atasan ni...

    ReplyDelete
  15. lepas tu duit denda tuh pergi kemana pon mesti akan sampai kat pihak atas jugak..-.- pandai ea..

    ReplyDelete
  16. hai...denda masuk poket sape eh?

    ReplyDelete
  17. ad yg sendikit yg tue banter as,yg x brkemampuan tlg,lau cm tue Bantu laaaa dyeorg jgn denda,dunia akhir zaman.....

    ReplyDelete
  18. Ade plak denda org bg sedekah. Patut tgkap je pengemis2 tu. Soal diorg kenape mengemis, selidik latar belakang. Baru lah betul buat keje. Ade plak duit denda tu nak bantu org miskin, pastu dikire kite beramal. Amal ke klu kite x redha. Pastu sume org mampu ke nak sedekah smpai 150. Org bg pengemis tu sbb x mampu nak sedekoh byk2 la.... Kerajaan buat mcm ni slh satu sbb nak bantu tp pakai duit rakyat... x patut2....

    ReplyDelete
  19. sory to say, jgn slahkan pengemis kalau kemiskinan tk dibanteras, toksah nk ckp wt mcm ne sb nk hapuskan pengemis, lau tempat2 maksiat bnyak ag yg tk dibanteras...utama ag hapus tempat maksiat dr hapuskan pengemis, pengemis wujud sb kadar kemiskinan meningkat, jgan nk kejar kemajuan, lau pgangguran n kemiskinan x diatasi...sedekah 2 ibadat, Allah ska org yg bersedekah, sape kita nk denda org sedekah kalau kita sndiri tau sedekah 2 ibadat yg Allah ska? bnda yg Allah x ska xd lak nk banteras lak....sdar la kita ni hamba,Allah.. buat cara hamba...jgn sb ad pangkat wt ska hti je....mf just pandangan....

    ReplyDelete
  20. bukan denda pemberi sedekah,tangkap dan bela nasib peminta sedekah. siasat,kalo tipu..denda dan kenakan hukuman ke atas mereka. bkn semua peminta sedekah 'bernasib baik'.ada yg betul2 susah dan perlukan bantuan. bertindak atas akal,bukan perasaan...

    ReplyDelete

Designed By