Breaking News

Tuesday, July 15, 2014

Gadis Pailang Berhari Raya Di Tunas Bakti

 
Gadis Pailang Berhari Raya Di Tunas Bakti

Gadis Pailang Akhirnya Ke Lunas Bakti


You all ingat lagi tak dengan gadis pailang dari Miri yang mengaku bersalah membelasah rakan sekelas hingga menyebabkan kecederaan? Mesti ramai yang masih ingatkan. Nasib gadis palilang dah jadi "gadis malang". Hasrat mereka untuk berhari raya bersama keluarga akhirnya terpaksa dilupakan kerana Mahkamah Majistret telah memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa, Jumaat yang lepas. Ketiga-tiga mereka menangis dan memohon maaf sebaik sebaik sahaja hukuman dibacakan.

Sekolah Tunas Bakti adalah institusi pemulihan akhlak yang ditubuhkan dibawah Seksyen 65 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi pemulihan dan jagaan bagi kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah serta kanak-kanak yang tidak terkawal. Tujuan utama penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik mereka-mereka yang bermasalah menjadi manusia yang mempunyai sikap yang positif serta keterampilan diri yang lebih baik.

Sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri, adik-adik pailang ni akan ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching. Semoga adik-adik ni cepat sedar dan berubah untuk kebaikan masa depan mereka.

Kalau tengok daripada gambar di atas, mungkin mereka ni dah insaf kot. Kalau dulu berposing sakan depan kamera, kini dah pandai menutup muka tanda malu dan segan. Alhamdulillah...Semoga ianya menjadi pengajaran yang berguna kepada mereka dan adik-adik yang lain diluar sana.

16 comments:

  1. alhamdulilah..
    smoga diambiliktibar kejadian ini..

    dovex2

    ReplyDelete
  2. ingat lg, ika tngok pun takot. bagus la hntar kat situ, mna tahu lepas ni boleh berubah..:)

    ReplyDelete
  3. Eloklah dibentuk dan dibetulkan.....dpd terus menerus hanyut, kan Raudzah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semoga di ambil iktibar akan apa yg bsrlaku...

    ReplyDelete
  5. semoga mereka insaf dan kembali jadi manusia berguna pada agama, keluarga dan negara

    ReplyDelete
  6. bagus info ni .. bleh beritahu peljr jgn nak jadi mcm mereke

    ReplyDelete
  7. semoga adik ni insaf dan jadi pengajaran buat yang lain-lain

    ReplyDelete
  8. Padan muka mereka...moga ia memberi pengajaran kepada yang lain bahawa kes buli itu merupakan satu kes yang berat dan tak boleh dipandang ringan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Hari tu tayang muka.
    Hari ni tutup muka?
    Ape kes?

    ReplyDelete
  10. padan muka..belasah org tak ingat dunia...
    Harap boleh berubah..

    ReplyDelete
  11. Amekaww... semoga beliau insaf & mendapat bimbingan yg sebaiknya utk kehidupan yg mendatang... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan promoted content abg nara... :D

      Delete
  12. tak kemana pn kan perangai mcm tu... hidup kt dunia ni ada undang2...

    ReplyDelete
  13. Teringat cerita Juvana yang bersekolah di Wira Bakti.... hurm... semoga ini jadi pengajaran la :)

    ReplyDelete
  14. terror sgt konon...kan dh kena...jgn jadi samseng lak kt sekolah tu...moga betul2 insaf n berubah

    ReplyDelete
  15. tak de keje cari keje.. inilah padahnyaa..

    ReplyDelete

Designed By