Breaking News

Friday, July 18, 2014

Gurauan Pesawat MAS Hilang Jadi Realiti

 
Pesawat MH17 Yang Hilang Buat Selamanya

Gurauan Pesawat MAS Hilang Jadi Realiti


Gurauan Pesawat MAS Hilang Jadi Realiti. Itulah yang berlaku apabila gurauan salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 mengenai kehilangan pesawat tersebut menjadi realiti.

Ini yang dikatakan instinc dan kalau kita sebagai orang islam kita percaya setiap yang dipilih Allah untuk mengadapnya tau akan saat itu 60 hari sebelum  ianya berlaku.  Mungkin ini yang dapat dirasai oleh Cor Pan yang bagaikan dapat mengagak tragedi ini, apabila memuat naik gambar pesawat MH 17 dengan kapsyen "Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya” sebelum berlepas dari Amsterdam.
Cor Pan, MH17
 "Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya”

Siapa sangka status yang dianggap "gurauan" benar-benar menjadi realiti. Pesawat MH17 telah hilang buat selamanya bersama-sama Cor Pan dan juga 290 anak kapal yang lain. Selain daripada status "gurauan" yang dimuat naik oleh Cor Pan, ada dua lagi status yang mungkin boleh dianggap sebagai bayangan apa yang bakal berlaku. Antaranya:

 
'17 Julai 2014, memulakan penghijrahan baharu kami, Alhamdulillah.'

Status yang dimuat turun oleh puan Ariza Ghazalee, 47, salah seorang penumpang penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terkorban di Ukraine. Posting terakhirnya berbunyi '17 Julai 2014, memulakan penghijrahan baharu kami, Alhamdulillah.' Beliau menaiki pesawat tersebut bersama suaminya, Tambi Jiee, 49, dan empat anak mereka, Mohd Afif, 19, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, serta Mohd Afruz, 13

 Gurauan Pesawat MAS Hilang Jadi Realiti
 Penghijrahan Yang Kekal Abadi

Mereka benar-benar berhijrah. Bukan kembali ke Malaysia tapi berhijrah ke alam kekal buat selama-lamanya.

  
"Bismillah...#hatiadasikitgentar".

"Bismillah...#hatiadasikitgentar". Dan ini pula status terakhir yang dimuat turun oleh Md Ali Md Salim, 30, yang turut terkorban dalam nahas pesawat MH17. Beliau sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas. #hatiadasikitgentar" mungkin menggambarkan apa yang beliau dapat rasakan pada ketika itu...

Alfatihah untuk mereka. Semoga roh mereka tenang disana. 


7. Bahaya..Jangan Cuba

24 comments:

  1. al fatihah buat mangsa beragama islam
    sedih tengok...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..sedih dan terharu berita ini ..apa-apa pun sama,.sama kita doakan agar roh mereka di cucuri rahmat Allah swt..

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat semua mangsa yang islam dan juga bukan islam.. hurm sedih dan speechless dengan peristiwa ni :( rest in peace..

    ReplyDelete
  4. Semoga yang penumpang yang beragama Islam diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh

    ReplyDelete
  5. T_T lost words, just soooo spechless..hm

    ReplyDelete
  6. Semoga Kerajaan kita dapat recover mayat-mayat mangsa dan sempurnakannya.. tumpang bersedih dengan ahli keluarga dan kenalan mereka. .

    ReplyDelete
  7. semoga mangsa yang beragama Islam ..syahid dalam nahas tersebut..amin!


    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  8. al fatihah ... promoted content

    ReplyDelete
  9. Tu laa. Sedih mase mengadap berita dengan mak tadi.
    Ramai yang dah cakap macam2 seperti dah tau ajal mereka dah sampai :(
    Innalillahhiwainnailaihiraji'un.

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah....semua cuma penyebab saja. Allah telah aturkan semua ini untuk mereka. Sedih sangat².

    ReplyDelete
  11. Alfatihah buat yg telah pergi.....tiada siapa tahu yg ajalnya akan tiba tak lama lagikan Raudzah....

    ReplyDelete
  12. Innalillahiwainnailaihirajiun... Berita yang cukup mengejutkan :(

    ReplyDelete
  13. Takziah buat keluarga mangsa... semoga diberi ketabahan kpd mereka semua utk menghadapi tragedi yg mendukakan ini.. Al Fatihah kpd mangsa yg beragama Islam. Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  14. Sangat mengejutkan.. Takziah dan Al fatihah

    ReplyDelete
  15. Dunia bersedih .. al-fatihah

    ReplyDelete
  16. Alfatihah untuk mereka semua...dan takziah tuk keluarga mangsa...ujian besar untuk mereka dan juga negara kita

    ReplyDelete
  17. AL-Fatihah semoga meraka ditempatkan dijannah...

    ReplyDelete
  18. Raudz, thanx kad raya dll dah selamat sampai few days ago.

    ReplyDelete
  19. Allahuakbar...sedeh dan pilu melihat dan mendengar ini...itu bagi kita orang luar...bagi diri keluarga mereka ...ntah bagaimana hati mereka, hancur luluh lah agaknyer...

    Hanya yang mampu kita buat adalah salam takziah dan sedekahkan Al Fatihah..:(

    ReplyDelete

Designed By