Imam Rebutan Dari Penjara

Muhammad Jamaluddin, Imam Rebutan Dari Penjara 
 Imam Rebutan Dari Penjara

Imam Rebutan


Inilah wajah, Muhammad Jamaluddin, 16, yang kini menjadi Imam Rebutan sejak rakaman hafalan surah al-Quran berdurasi 2 minit 29 saat itu mula tersebar di internet. Beliau yang dikatakan berasal dari Thailand, kini menjalani hukuman penjara selama enam bulan di penjara Machang, Pengkalan Chepa kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.


 

Sebelum dipenjara, Muhammad terlebih dahulu ditangkap penduduk kampung di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa pada 18 Jun lalu kerana didakwa mencuri. Namun beliau dibebaskan kerana tiada bukti kukuh. Walaubagaimanapun beliau ditahan semula  pada keesokan harinya  kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Nasib Muhammad berubah wajah apabila rakaman suara beliau yang dibuat untuk tujuan pemilihan imam untuk penjara di mana beliau ditahan, menjadi viral. Ramai yang berminat untuk menjadikan Muhammad anak angkat, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pada ketika ini, Muhammad dijadikan Imam untuk solat fardu dan terawih di penjara berkenaan. Alhamdulillah. Inilah ketentuan Allah. Dari seorang pelarian, Allah telah mengangkat status Muhammad menjadi lebih baik. Suara merdu alunan bacaan suci Al Quran Muhammad telah menyelamatkan beliau.

7. Bahaya..Jangan Cuba

Comments

  1. Assalamualaikum kak, Alhamdullilah. dimurahkan rezeki dia.. jadi imam.. sheila singgah menabung dove sini ~~~

    ReplyDelete
  2. merdu suara dia.. bacaan pun sedap je dengar.. masyaAllah..

    ReplyDelete
  3. itulah hikmah dan ganjaran atas apa yg berlaku ke atasnya ... invest di tengahari

    ReplyDelete
  4. Merdu sangat.. Mengusik jiwa..menyentuh hatiku yang kian kelam..
    Ampunilah aku, Ya Allah. Ampunilah kami semua.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..merdunya suara saudara nikan..Sesungguhnya Allah melindungi org2 yang dikehendakiNya..

    ReplyDelete
  6. subhanallah, merdu suaranya.. :)

    dtg singgah sini, salam jumaat. :)

    ReplyDelete
  7. SubhanAllah... dengar kata dia budak tahfiz... :) salam jumaat kak raudzah..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah. . Memang rezeki dari Allah tak disangka..

    P/s: dah dapat kad raya..thanks!

    ReplyDelete
  9. salam. alhamdulillah..

    salam jumaat kak :)

    ReplyDelete
  10. Semoga dia dipermudahkan dalam apa jua urusan. Sedap dia alunkan al-Quran.

    ReplyDelete
  11. Salam Jumaat Raudzah.. Setiap orang dengan rezekinya masing-masing kan

    ReplyDelete
  12. Salam jumaat kak ...kisah ini benar ea..sy hnya tahu drpd wasep teman2 yg send pd saya.. Allahu akbar ... merdunya suaranya ..moge dipermudahkan urusannya .

    ReplyDelete
  13. Semoga Allah mengampuni & membuka jln kebaikan kpd beliau... aamiin... Salam Jumaat Raudzah... :)

    ReplyDelete
  14. kesalahan dia sebab tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah... memang sangat merdu suaranya.

    ReplyDelete
  15. Indahnya bacaan al-Quran. Tanda kebesaran Allah, mukjizat hingga ke akhir zaman

    ReplyDelete
  16. Maha Besar Allah..

    ReplyDelete
  17. Tak boleh bukak pulak youtube tu Raudzah...teringin nk dengar suaranya

    ReplyDelete
  18. ada hikmah disebalik tangkapan beliau tu

    ReplyDelete
  19. Sedap betul suara Muhammad... Moga Allah berkati dan lindungi dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat