Imej Satelite Dan Bukti Data Hari Kejadian Nahas MH17


 Imej Satelite Dan Bukti Data Hari Kejadian Nahas MH17

Rusia Kemuka Imej Satelite Dan Bukti Data Nahas MH17


Rusia hari ini menafikan sekerasnya penglibatan mereka di dalam nahas yang melibatkan pesawat MH17 sebaliknya mendakwa kehadiran pesawat pejuang milik Ukraine, SU 20-25 di dalam radar 3 hingga 5 km dari pesawat MH17 pada hari kejadian. Dakwaan mereka disokong oleh imej satellite dan bukti data yang diperolehi pada hari kejadian nahas yang melibatkan MH17.

 
 

Anatara Analisis Menarik Dari Data Dan Imej satelite Di Atas Adalah:


1. Mengapa M17 membuat lencongan pada hari kejadian. Atas arahan siapa?
2. Mengapa pihak Ukraine memberi arahan supaya MH17 diterbangkan pada ketinggian 33,000 kaki semasa memasuki ruang udara Ukraine
3. Pada hari kejadian, pihak Russia mengesan beberapa buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
4. Persoalannya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kawasan tragedi MH17 sedangkan Ukraine tidak mempunyai aktiviti ketenteraan pada hari kejadian.
5. Pada hari kejadian ada empat pesawat yang melalui kawasan nahas. Tiga pesawat komersial dan satu pesawat pejuang milik Ukraine.
6. Persoalan seterusnya mengapa pesawat pejuang milik Ukraine tiba-tiba naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dengan MH17 dan masuk ke laluan yg sama. 
7. Adakah mereka mengekori pesawat MH17.  Selain penggunaan BUK 1, adakah misil udara digunakan untuk menembak jatuh MH17?

Kalau you all nak tau analisis secara terperinci mengenai imej dan data di atas, you all boleh baca kat sini: Russia Menjawab Segala Pertuduhan Mengenai MH17

Dalam video di atas, pihak Rusia juga turut menyindir US yang kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau Puak Pemisah Pro-Rusia yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada bukti bergambar yang dikeluarkan.

Dan Obama dalam kenyataannya hari ni, menegaskan mereka tidak pernah menuduh Rusia terlibat. Aik dah tukar ke? Hmmm...

Walau apa pun, kita tak tau pihak mana yang berkata benar sebenarnya. Kalau sebelum ini pihak Ukraine bermatian-bermatian menegaskan pihak puak pemisah yang terlibat, mungkin sekarang mereka terpaksa berhadapan dengan dunia untuk menjawab persoalan yang diutarakan Rusia serta menapikan penglibatan mereka berserta  bukti seperti apa yang dilakukan oleh Rusia.

Semoga badan penyiasat yang menyiasat kejadian nahas ini bersifat nuetral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Pihak yang terlibat samada secara "intention" atau "by mistake" haruslah bertanggungjawab. 

P/s: Adakah ini konspirasi US setelah MH370?

Comments

  1. Semoga mereka yang bersalah bakal didakwa....Kekadang tu saya juga ada terfikir barangkali konspirasi US sis..Ermm..moga permasalahan ni selesai dgn cepat mungkin demi membela pemergian anak kapal dan penumpang MH17..Amin

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita nantikan jawapannya, sama ada ditembak oleh peluru berpandu BUK atau pun jet pejuang SU-25. Perlu diingatkan, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan RUSSIA kerana sebelum ini pun kita membeli beberapa buah jet pejuang sukhoi dari mereka. Manakala Ukraine pula mendapat sokongan penuh dari Amerika.

    ReplyDelete
  3. entah sapa yg prlu brtanggungjawab, hrp dpt selesai msalah ni scepat mgkin..

    ReplyDelete
  4. kesian pd keluarga mangsa yg terlibat :( btw selamat berpuas akak raudzah ^^ lama fae x singgah blog kak raudzah hehehehehhehe

    ReplyDelete
  5. Saya juga turut prihatin terhadap musibah yang menimpa pesawat MH17, semoga para keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.

    ReplyDelete
  6. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
  7. hanya Allah yg dapat membuktikan kebenarannya ...

    ReplyDelete
  8. Tulah..US ni bukan boleh percaya.
    Banyak konspirasi. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  9. Cerita banyak putar-putar. Sape salah..sape menyalahkan. Kompius. Apepun, orang yang salah memang takkan mengaku bersalah. Lebih2 lagi bukan Islam.

    ReplyDelete
  10. mcm2 analisis yg dibuat..harap pihak yg bersalah dibawak ke muka pengadilan..

    ReplyDelete
  11. Harap dapat diselesaikan secepat mungkin. Terlalu banyak putar belit cerita dan konspirasi.

    ReplyDelete
  12. thanks for the kad raya and gifts...really appreciate it :)

    ReplyDelete
  13. harap nasib mangsa MH17 terbela. nasib MH370 pun belum tentu lagi.

    ReplyDelete
  14. bertukar2 jadinya... harap dapat dilaksanakan sebaik mungkin... semoga juga dapat pembelaan bagi keluarga2 mangsa.... Allahurobbi...

    ReplyDelete
  15. harap dapat selesai masalah ni tanpa melibatkan perang dan pertumpahan darah. takut lebih teruk dari kes MH17 yang jadi lepas ni.negara-negara kecil dan rakyat yang jadi mangsa orang-orang gila kuasa ni.

    ReplyDelete
  16. Adehh.. sy pulak dpt banyak emel dari ukraine kata ttg rusia pulak... hmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat