Israel Guna Bom Dime Hancurkan GAZA ?

Foto 
Ledakan Bom Barah Dari Israel

Israel Guna Bom Dime Hancurkan GAZA


Kekejaman pihak Israel ke atas GAZA sudah masuk hari kesembilan Ramadhan. Nyawa yang terkorban juga semakin meningkat. Ledakan bom yang disyaki sebagai DIME juga semakin meriah. Beterusan tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Ianya diledakkan hampir dimerata tempat. Bukan sahaja kediaman orang awam di semenanjung Gaza yang menjadi sasaran, bahkan bangunan-bangunan strategik turut dimusnahkan. 

Embedded image permalink
Al Quran Yang Musnah Dalam Serangan Di GAZA 
 Embedded image permalink
Masjid Al Farouq Yang Musnah
 Embedded image permalink
Misi Pemusnah Israel

Setakat semalam, 21 masjid, 36 sekolah, enam hospital serta 233 buah rumah telah dimusnahkan. Kebencian Israel semakin memuncak apabila mereka mengebom tanah perkuburan, masjid dan tempat-tempat ibadat, terutama masjid al-Farouq di Nusairat dan Anwar Aziz di wilayah utara.

Embedded image permalink 
  Israel Guna Bom Dime Hancurkan GAZA ?

Tindakan Israel ni dilihat sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ianya  jelas bersifat perkauman dan tujuan mereka hanya satu, mahu membunuh kesemua penduduk Gaza. Ini diakui sendiri oleh Dr Erik Fosse dari Norway yang bertugas di sebuah hospital di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel. Beliau mengakui tidak pernah melihat kesan dari ledakan bom yang digunakan Israel sepanjang 30 tahun merawat mangsa-mangsa perang. Ianya sangat mengerikan. 

Embedded image permalink 
Israel Guna Bom Dime Hancurkan GAZA ?

Bom Dime Punca Barah


Beliau percaya kesan tersebut menyerupai kesan ledakan dari Bom yang dikenali sebagai Bahan Peledak Logam Padat (Dense Inert Metal Explosive) atau DIME. DIME adalah sejenis bahan letupan yang dihasilkan bagi mengurangkan kerosakan kolateral di medan perang. Bom tersebut kecil tetapi mempunyai kesan letupannya yang sangat besar dan luas. Bahan mikro tajam yang terkandung dalam bom tersebut mempunyai kesan biologikal yang sangat kuat. Sesiapa yang terkena kesan serpihan tersebut pasti merana. Kesannya sama seperti barah.

Ya Allah lindungilah saudara seislam kita di GAZA daripada segala kezaliman dan kekejaman pihak Israel. Berilah mereka kekuatan untuk mengharungi dugaan ini. L#PRAYforGAZA

Comments

  1. Replies
    1. Balasan di akhirat memang pasti untuk Israel laknatullah. Kesian pada umat islam di Gaza.

      Delete
  2. Israel lancarkan 2,161 buah roket ke arah Gaza..dan Gaza tiada Iron Dome untuk protect diorang..sebab diorang hanya ada Allah..briged al-qassam akan balas balik.

    ReplyDelete
  3. Israel jadi mcm hiroshima n nagasakhi baru tau.. Semoga akan dapat balasan dari Allah S.W.T...

    ReplyDelete
  4. Ini bukan peperangan yg sebenar... ini mmg penganiayaan. Semoga Allah jua yg membalas kejahatan mereka dgn kehancuran...

    ReplyDelete
  5. kesian saudara islam kita di sana
    kekejaman israel tanpa berhati perut

    ReplyDelete
  6. Memang keji guna bom Dime tu sebab effect dia kekal berpuluh tahun. Moga Allah bantu Gaza. Teruskan berdoa. .

    ReplyDelete
  7. Israel jugak nak rampas tanah rakyat Palestin.... hurm...sokong bro Khir... ini adalah penganiayaan...

    ReplyDelete
  8. Hish.....bilalah agaknya terbukak hati depa nak insaf ni Raudzah.....kesiannya Rakyat Palestin

    ReplyDelete
  9. :'(....Ya Allah kesiankan sahabat kita...In shaa Allah...Islam dan rakyat palestin akan menang..
    #prayforGaza..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat