MH 17: Mayat Mangsa Melayang Dari Udara

  MH 17: Mayat Mangsa Melayang Dari Udara
Tragedi MH 17

Mayat Mangsa Melayang Dari Udara


Mayat mangsa melayang dari udara. Terjatuh sebelum pesawat MH17 terhempas di lokasi kejadian. Itulah antara gambaran ngeri penduduk tempatan yang menyaksikan nasib malang yang menimpa MH 17.

Dan yang lebih menyedihkan, ramai wartawan yang menggambarkan kejadian malang itu sebagai yang sangat mengerikan serta menyayat hati. Mayat mangsa bergelimpangan di kawasan kejadian. Ada yang masih sempurna walaupun terjatuh dari jarak 30,000 kaki. Hanya terdapat kesan luka di muka dan juga di badan.  Namun ada juga yang telah berkecai. Tangan, telinga dan tulang berselerakan di kawasan nahas. 

Beberapa wartawan menyifatkan keadaan di lokasi nahas membabitkan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis terlalu mengerikan.
"Ini merupakan satu bencana yang nyata. Mustahil untuk difahami," tulis Noah Sneider, seorang wartawan bebas yang berada di lokasi nahas dalam Twitternya.

Menerusi Twitternya @NoahSneider, beliau menyifatkan suasana awal pagi di lokasi nahas amat menyayat hati dengan banyak mayat bergelimpangan dan serpihan pesawat yang berkecai.
Malah, penduduk setempat menyifatkan insiden itu sebagai amat menakutkan kerana 'segalanya berkecai di udara". Mereka pada mulanya menjangkakan kawasan penempatan mereka dibom.

"Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini," kata seorang pemberontak di wilayah itu kepada Noah. "Anda boleh lihat tangan, telinga dan tulang berselerakan di kawasan nahas," tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi wartawan bebas, Harriet Salem berkata lebih menyedihkan apabila anggota bomba menandakan lokasi mayat penumpang yang ditemui di sekitar kawasan ladang jagung dengan kayu atau reben putih.

"Anggota bomba bekerja sehingga ke malam di tapak nahas #MH17 sementara pemberontak bersenjata mengawal kawasan tersebut. "Penduduk berkata mereka berada dalam ketakutan," tulisnya menerusi akaun Twitter @HarrietSalem.
Sabrina Tevernese menerusi laporannya dalam New York Times berkata, terdapat beberapa mayat yang masih sempurna tetapi dengan kesan luka di muka dan badan yang berada disebalik serpihan pesawat walaupun ia terjatuh dari jarak 30,000 kaki.

Beberapa penduduk setempat mendakwa terlihat mayat mangsa terjatuh dari udara sebelum pesawat itu terhempas di ladang jagung berhampiran penempatan mereka.

P/s: Terlalu ngeri untuk kita bayangkan. Apapun semuanya berlaku dengan izin Allah. Kita semua tiada daya dan upaya untuk menghalangnya. Mungkin satu persoalan yang perlu kita fikirkan sama-sama. Mengapa Allah memilih Pesawat MH17 selepas MH370. (kedua-dua pesawat milik MAS dari Malaysia). Jangkamasanya juga tidak jauh. Apakah mesej yang ingin Allah ingin sampaikan untuk kita dan juga pemimpin-pemimpin negara. Sama-sama kita muhasabah diri.


Source

Comments

  1. Marilah kita sama2 muhasabah diri...sesuatu yg perlu direnungkan bersama....
    Al fatihah utk mangsa yg beragama Islam..

    ReplyDelete
  2. dgr nya mmg scary..kesiannya, Ya Allah..semoga mngsa bragama islam mereka ditemptkn dlm glongn org yg beriman..huhu..sedih sgt tgk dlm berita..xsnggup pun nk tgk..

    ReplyDelete
  3. ada hikmah disebalik kejadian ini..sedihnya..

    ReplyDelete
  4. Btol tu...kne renung2kan peristiwa yang berlaku...

    ReplyDelete
  5. smoga kita semua dikurniakan kesabaran yg tinggi dlm menghadapi dugaan2 dariNYA :'(

    ReplyDelete
  6. Saya ada terpikir macam tu juga ,sis.
    Seperti ada petanda ...petunjuk dari Allah.
    Takut bila memikirkannya..
    Jemput semua singgah sini..
    Life is beautiful…don’t waste it.

    ReplyDelete
  7. Musibah datang bertimpa-timpa.
    Bala dari Allah ...merupakan peringatan bagi kita semua.
    Bala dari Allah kerana kita sering melakukan maksiat ...
    Ampunilah kami Ya Allah.
    Masukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang beriman & beramal soleh.

    ReplyDelete
  8. atas asbab itu saya sgt ngeri bila ada muslim yg menolak hudud n tak kisah kalimah Allah diperkotak - katikkan ... kerana ia blh mengundang kemurkaan Allah ... buatlah amalan sebanyak mungkin utk diri sendiri kerana kita tak tahu bila tiba masa kita ... promoted content di sini .

    ReplyDelete
  9. al fatihah sedih bila ingat baca.

    ReplyDelete
  10. malam ni kita belanja dove dua botol eh

    ReplyDelete
  11. sebab terlalu mengerikan buat Sha berfikir... jujur, Sha fobia nak naik kapal terbang walaupun tak pernah naik... keinginan tu ada, tapi takpela... kuburkan saja impian tu... lemah semangat dah dengan kisah MH 17 ni :(
    '
    Innalillahwainnalillahirojiun..

    ReplyDelete
  12. Peringatan dan teguran dari Tuhan untuk kita semua...bukan untuk mereka yang tertentu sahaja...so mari sama-sama kita muhasabah diri...Allahuakbar..

    ReplyDelete
  13. memang kedua-dua tragedi ini perlu dijadikan renungan..sama-samalah kita muhasabah diri

    ReplyDelete
  14. 17 means 17 rakaat yang selalu kita abaikan!

    ReplyDelete
  15. Allah... kesiannya... seriau baca...

    ReplyDelete
  16. Al-fatihah
    Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah
    dan kepada Allah jua lah kami kembali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat