Breaking News

Tuesday, July 1, 2014

Rezeki Ketika Azan

Rezeki Ketika Azan 
Rezeki Ketika Azan

Rezeki Ketika Azan


Renungan Pagi pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah kisah rezeki dan azan. Semoga cerita ini memberi panduan untuk kita semua yang sedang berusaha untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah serta keredhaan Allah.

Dalam satu riwayat ada menceritakan perihal seorang sahabat Rasullullah S.A.W yang sedang bekerja menyusun batu-bata. Pada ketika hanya tinggal satu lagi batu-bata untuk menyelesaikan kerjanya, azan dilaungkan. Beliau dengan segera meninggalkan batu-bata tersebut untuk menunaikan solat.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak meneruskan kerjanya, walhal hanya tinggal satu sahaja lagi batu-bata untuk disiapkan, beliau menjawab bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, beliau sebenarnya membesarkan batu-bata tersebut dan bukannya membesarkan Allah. Padanya apabila azan dilaungkan, semua yang ada di mukabumi ini adalah kecil kecuali Allah.

Beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka tidak pernah putus. Mereka dipandang mulia biarpun tanpa harta dan kuasa. Mereka sebenarnya telah mendapat redha Allah.

Jadi kalau kita ingin menjadi seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya, jom sama-sama kita hormati azan sebagai tanda kita membesarkan Allah melebihi segalanya.

24 comments:

  1. subhanallah,kekadang kita lupa tentang apa yang patut didahulukan.nice header...thanks sharing raudzah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome KSD & thanks you coz sukakan header kita..he..he

      Delete
  2. allah, sayu hati eda membacanya..nice sharing dear..TQVM

    ReplyDelete
  3. Istiqomah mereka sangat kuat berbanding kita umat akhir zaman ni..

    Selamat berpuasa dari kakak ye:)

    ReplyDelete
  4. amat berkesan cerita ini..terima kasih RDZ..

    ReplyDelete
  5. subhanallah...kita ni selalu bila dengar azan tp masih leka dengan dunia

    ReplyDelete
  6. subhanallah.... rasa kerdilnya saya dengan kisah nie......

    ReplyDelete
  7. inilah ciri sahabat yang bertaqwa...

    ReplyDelete
  8. mari berbagi rezeki datanya dari mana di www.belutdahsyat.com

    ReplyDelete
  9. subhanallah, kalau masih ade manusia semulia tu dekat muka bumi ni . susah nak dapat zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  10. Menghormati azan & mendahulukan solat adalah rahsia utama murah rezeki dan kekayaan. Sebagai khalifah Allah, tidak salah kita mengejar kekayaan namun pastikan mendahulukan apa yang diperintahkan olehNya.

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar...terasa kerdil dengan iman para sahabat...
    terima kasih atas perkongsian dan peringatan...

    ReplyDelete
  12. Allhu Akbar.. Tersentuh di hati..
    Nice sharing raudzah...

    ReplyDelete
  13. Subhanallah.
    Kita sering terleka.

    ReplyDelete
  14. Subhanallah... sungguh mendalam & tinggi maksud pemuda tu. Mesej peringatan yg baik utk kita semua...

    ReplyDelete
  15. Subhanallah... tinggi sungguh tahap keimanan mereka kan... good sharing raudzah..

    ReplyDelete
  16. dalam mengejar kepentingan dunia, kadang kala kita lupa yang mana harus didahulukan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. Ya Allah kuatnya iman para sahabat....macamanalah nak iman sekuat mereka

    ReplyDelete
  18. Moga menjadi panduan dan jadib amalan kita pula..

    ReplyDelete

Designed By