Sharifah Aini Meninggal Dunia


1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014  2. Fenomena Piala Dunia    3. Istimewa Ramadhan Ini    4. Kenapa Ramai Yang Suka Tempat Ni ya?   5. Menarik..Mesti Tengok  6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Bahaya..Jangan Cuba..
 Sharifah Aini Meninggal Dunia

Sharifah Aini Meninggal Dunia


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, telah Meninggal Dunia, pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan paru-paru. Beliau yang dikesan menghidap jangkitan paru-paru dua tahun lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa yang lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.
Sharifah Aini yang dilahirkan pada 2 Julai 1953, memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam. Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Sepanjang penglibatan beliau dalam seni suara tanah air, beliau telah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. Anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.
Jenazah beliau akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.  Al Fatihah untuk arwah dan salam takziah untuk semua ahli keluarga. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Aminn..

Comments

  1. Innalillah... semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  2. walaupun tak pernah baca sangat tentang arwah, hanya satu lagu yang Sha suka, dendangan arwah iaitu Mawar Putih Untuk Mama... terasa kehilangannya.. semoga arwah dicucuri rahmat... al-fatihah :)

    ReplyDelete
  3. salam takziah buat keluarganya dan al-Fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  4. salam takziah, dan al-Fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  5. Takziah kepada keluarga allahyarhamah...Al-Fatihah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat