Breaking News

Monday, July 21, 2014

TERKINI: Kotak Hitam MH 17 Di Serahkan Pada Malaysia

Kotak Hitam Di Serahkan Pada Malaysia 
Majlis Penyerahan Dua Kotak Hitam MH17

Kotak Hitam MH 17 Di Serahkan Pada Malaysia


Alhamdulillah, Wakil Puak Pemisah Pro Rusia,  Aleksander Borodai telah menyerahkan dua kotak hitam dipercayai milik MH17 kepada wakil Malaysia di Donetsk. Semoga kotak hitam yang menyimpan perbualan di kokpit dan data penerbangan  mampu membantu merungkaikan sebahagian daripada misteri nahas yang menimpa MH17.

Kotak Hitam Di Serahkan Pada Malaysia
 Sidang Media Bersama Kotak Hitam
 Gambar Kotak Hitam Mh 17 Di Serahkan Pada Malaysia
Dua Kotak Hitam Milik MH17
 Embedded image permalink
Keretapi Bawa Mayat Bergerak Tiba Di Kharkiv

MH17: Keretapi Bawa Mayat Bergerak  Ke Kharkiv


Kereta api yang membawa 282 mayat mangsa nahas pesawat MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine. Mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, untuk proses pengecaman. Setelah selesai proses pengecaman, mangsa akan di bawa balik ke negara masing-masing.

p/s: Hanya 282 mayat yang dibawa. Ini bermakna 16 lagi mayat tidak ditemui. Allah telah tentukan kubur mereka adalah di Ukraine.

Wakil Penyiasat Malaysia
Tiga Wakil Malaysia Dalam Pasukan Penyiasat 

MH17: 3 Wakil Penyiasat Malaysia


3 Penyiasat Malaysia telah dibenarkan memasuki kawasan nahas besama pegawai dari Belanda dan juga OECF. Ketiga-tiga mereka adalah pengarah kanan bantuan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kapten Philip Joseph Selvaraju (bekas juruterbang), 42, pengarah kanan bantuan DCA Mohd Naemy Fahmy Mustapa, 38, dan pengarah Kejuruteraan dan penyelenggaraan MAS, Azhari Mohd Dahlan, 53.

Azhari mempunyai pengalaman kerja selama 32 tahun dalam bidang kejuruteraan, Kapt Philip mempunyai pengalaman kerja selama 16 tahun dalam bidang aero angkasa dan Mohd Naemy, yang juga bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia mempunyai pengalaman selama enam tahun dalam bidang kejuruteraan.

Kita mendoakan lebih ramai penyiasat akan dibenarkan untuk memasuki kawasan nahas untuk menjalankan tugas.

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/mh17-crash-site-reuters-180714.JPG
MH17: Kawasan Nahas

MH17: Genjatan Senjata


Puak Pemisah pro-Russia telah mengumumkan gencatan senjata di sekitar 10km di tapak lokasi nahas pesawat MH17 di timur Ukraine untuk memberi lalulan kepada pasukan penyiasat memulakan kerja.

Teruskan berdoa semoga semua pihak dapat bekerjasama dengan sebaik mungkin dan lebih banyak jalan keluar yang diberikan Allah.

20 comments:

  1. salam. semoga segalanya dipermudahkan..amin

    ReplyDelete
  2. semoga semuanya dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. semoga semua nya dipermudahkan oleh allah..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..semoga segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan mayat-mayat tersebut dapat disemadikan dengan sempurna.

    ReplyDelete
  5. 3 orang penyiasat tu nampak low profile. Tak sangka pengalaman kerja sama umur saya. Semoga segala usaha baik dimudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka sanggup bergadai nyawa ke tempat bergolak. Semoga tidak ada lagi rakyat Malaysia yang hanya tahu komen negatif. Tidak sepatutnya komen sebegini wujud disaat mereka berusaha ke sana. Moga anda diberikan hidayah untuk membantu Malaysia.

      Delete
  6. Saya ada terpikir macamane kalau kotak hitam yang diserah bukan yang real one. Takut yang palsu. Ade no siri lah kot kan? Hehe..taktau yang ni. Sape voleh jawabkan?

    ReplyDelete
  7. bgusnya bila kotak hitam dpt diserahkan pada mlaysia...

    ReplyDelete
  8. harap sangat bukti tidak terhapus... takut depa dah hapus bukti sebelum pulangkan kembali..... hurm...

    ReplyDelete
  9. Bukti sudah dijumpai, sekarang sama-sama kita tunggu sama ada Rusia yang menembak pesawat MH 17 dengan (SAM /Surface Air Missile @ BUK) kata Ukraine. Ataupun Ukraine yang menembak MH 17 dengan Jet Pejuang kata Rusia.

    ReplyDelete
  10. bagus la klau mcm tu, smoga dipermudahkan smua..moga cpt-2 selesai.

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan segalanya... Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  12. Semoga siasatan segera dilakukan..
    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  13. tapi atas permintaan belanda..
    black box tu akan diserahkan kepada expert di britain..
    aduhh...hopefuly expert m'sia terlibat sekali masa kaji black box tersebut...klau x..memang r..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau xlibatkan diri masa kajian black box tu..memang sekadar nama tajuk je la "...diserahkan kepada malaysia"

      org kerajaan putih ni xboleh dpercayai langsung

      Delete
    2. situasi penyerahan black box =
      pro russia > malaysia > expert di britain (kajian)

      ingatkan pro russia > malaysia (kajian)

      bahaya bahaya

      Delete

Designed By