Awas Taktik Baru Curi Kereta

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEih4ke-2heyvEoqhg2TfwmHnJhuxqFCp9DMPIlmMRDxPZ1KlXKiUxkZiVuEbwZQPTbjbod3zafei6PqG8DvZ3-Z42Zo8rnt0tMzPg0uoEs8ZLjZHpSgfVJBxhTDVVTeQsqp7RTTOrNoXz8B/s1600/10561780_732217910169946_6449480517244023535_n.png
 Awas Taktik Baru Curi Kereta

Awas Taktik Baru Curi Kereta


Kalau dah penjenayah pasti mereka punya pelbagai helah. Plan A to Z. Begitu juga dengan penjenayah yang melakukan kegiatan curi kereta dan samun terhadap pemilik kenderaan. Pelbagai kaedah digunakan untuk memperdaya mangsa. Antara teknik yang selalu digunakan adalah:
 
1. Suspek yang mencuri kereta selalunya akan melekatkan kertas bersaiz A4 di belakang cermin kereta mangsa. Apabila sukar mengundur kenderaan, mangsa akan keluar dari kereta untuk membuang kertas dan ini memberi peluang kepada suspek untuk masuk dalam kereta sebelum melarikan kenderaan.  

So kalau ada kejadian macam ni, pastikan kita tidak mengubah apa-apa kertas yang ditampal pada cermin belakang kereta.  Sebaliknya cuba mengundur kenderaan perlahan-lahan dan keluar dari tempat letak kereta. Apabila tiba di rumah, barulah buang. Ini adalah kerana penjenayah biasanya akan mengekori mangsanya dan menunggu masa ia berhenti untuk membuang kertas itu.
 
2. Mengetuk cermin dan memberitahu terdapat sejumlah wang pada bahagian tayar belakang kereta mereka.
Pada ketika ini, pemandu selalunya akan melihat cermin sisi untuk melihat duit yang dimaksudkan sebelum bertindak keluar dari kereta. Sebaik sahaja membuka pintu, suspek akan meluru ke arah pintu dan melakukan samun terhadap mangsa.

3. Penjenayah kebiasaannya mengekori pemandu ke stesen minyak. Adakalanya pemilik kenderaan tidak mematikan enjin kenderaan ketika membuat pembayaran untuk mengisi minyak di kaunter pembayaran. Apabila mendapati enjin tidak dimatikan dan mangsa keluar dari kenderaan untuk membayar duit di kaunter, suspek akan masuk ke dalam kereta dan melarikannya.
 
4. Taktik sengaja melanggar belakang kereta mangsa. Taktik ini bukanlah taktik baru, tapi sering digunakan. Taktik ini bertujuan memperdayakan mangsa untuk memberhentikan dan keluar dari kereta sebelum menyamun. 

So hati-hati semua.


Comments

  1. salam. macam macam taktik diorng ni..

    kita kena waspada dan berhati+..

    ReplyDelete
  2. Taktik semakin canggih, jd sistem security pun kenalah canggih jg..

    ReplyDelete
  3. benda ni macam tak boleh nak agak berlaku kan .takot pulak rasa

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing dear...memang nak kena waspada ni... bahaya... kalau nampak keadaan macam ni, better move cepat jer lah dari kawasan tu...

    ReplyDelete
  5. tips: masuk kereta terus kunci pintu dan start enjin walaupun dekat depan rumah sendiri. mak saya pernah kena..huhu

    ReplyDelete
  6. hati-hati di lebuh raya. Ada kereta yg sengaja membaling objek biasanya getah yg boleh melatun di atas jalan. Bila terkena langgar badan kenderaan lain getah itu akan melatun dan terus melatun. Pemandu yg gabra akan akibatkan kemalangan bertimpa-timpa di lebuh raya, chain-effect.

    Pernah berlaku baru-baru ini di NS highway. Tak ada bukti video, tapi saya rasa ada benar kejadian ini kerana berlaku kpd sy sendiri. Biasanya saya pasang kamera melekat dicermin depan kereta SUV saya. Kejadian nampak jelas.Tapi hari itu saya tak pasang kamera tanpa ada alasan, jadi tak ada video nak tunjukkan.

    Berhati-hati. Wallahualam

    ReplyDelete
  7. thanks kak bagitau. Insha Allah, akan beringat

    ReplyDelete
  8. terima kasih berkongsi ilmu. lama x singgah sini

    salam ukhuwah :)

    ReplyDelete
  9. Hal-hal seumpama inilah yg buat kakak takut.
    Bila anak dara kakak driving sendiri lagilah kakak pesan macam-macam sebab takut hal beginilah...

    ReplyDelete
  10. Taktik 4 tu selalu digunakan. Haihh..skrg macam2 jenayah tak diduga boleh berlaku. Hmm

    ReplyDelete
  11. Macam-macam taktik orang nak mencuri sekarang..semoga dijauhkan dari perkara buruk..

    ReplyDelete
  12. pakat smeua dok pulun cara salah nak senang, dunia dh mkn x slamat.. huhu

    ReplyDelete
  13. apadaaa tak habis2 dengan jenayah tau !

    ReplyDelete
  14. Macam2 cara dilakukan.. bila la nak insaf penjenayah ni.. tanda2 akhir zaman dah semakin ketara

    ReplyDelete
  15. Mmg sntiasa mohon perlindungn bila di luar rumh.. Juga di dlm rumh..

    ReplyDelete
  16. perkongsian yg baik sis...:D moga kita alert dgn semua ini..

    ReplyDelete
  17. macam macam taktik penjenayah ni kan...kita kena lebih alert

    ReplyDelete
  18. Need to be more alert and careful!

    ReplyDelete
  19. kalau begitu, kita kena tingkatkan lagi sistem keselamatan pada kereta. Sebagai contoh, lengkap kereta dgn GPS atau immobilizer. Sebagai contoh, ada sebuah kereta dicuri, dan pemilik kereta tersebut menyedari kereta itu dicuri. Pemilik tersebut menghubungi pusat kawalan yang mana akan "mematikan" kenderaan tersebut sekaligus mengesan kedudukannya.

    ReplyDelete
  20. Mmg kena berhati2 klu mcm ni. Pasti org akan teruja bila tengok duit2 bersepah mcm tu... Thanks sharing Raudzah.
    Promoted content sini.. :)

    ReplyDelete
  21. ada baca itu hari...macam2 cara sekarang ini org nak menipu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat