Awas Virus Ebola

http://informationng.com/wp-content/uploads/2014/07/ebolapic.jpg 
Awas Virus Ebola

Awas Virus Ebola


You all semua tau tak mengenai Virus Ebola. Pada yang tak tau, Ebola merupakan sejenis penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus Ebola mula dikesan pada awal tahun 1976 di Yambuku, Zaire berdekatan sungai Ebola dan kini sedang menular di beberapa buah negara. Virus ini dianggap sebagai salah satu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia.

Jangkitan Virus Ebola


Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
 
Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ia merupakan  wabak virus Ebola pertama dikesan di wilayah tersebut. Seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disahkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian dan 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. 

Simptom Ebola


Antara simptom Ebola adalah demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit sendi dan kurang selera makan. Pesakit juga akan mengalami muntah dan cirit-birit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Pada tahap kedua, pesakit akan mengalami pendarahan dalaman serta luaran. 

Rawatan Ebola


Setakat ini dunia belum menghasilkan sebarang ubat khusus untuk rawatan Ebola. Kaedah rawatan setakat ini adalah simptomatik iaitu memberi rawatan mengikut keadaan pesakit. Sebagai contoh, jika pesakit itu kekurangan air, air dimasukkan ke dalam badan pesakit.

Cara Ebola Berjangkit


Virus ini boleh berjangkit melalui sentuhan bendalir badan termasuk kencing, darah dan juga sperma.

Langkah Mencegah Ebola

 
Kita semua dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan. Pastikan tangan kerap dicuci menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan. Elakkan mendekati pesakit yang telah dijangkiti Ebola atau melawat ke kawasan yang dijangkiti virus Ebola.

1. Wajah Baru Mulai 14 Jun 2014

Comments

  1. tahun kelahiran saya tu...bermakna dah 38thn dia berleluasa

    ReplyDelete
  2. dah lama tak dengar pasal virus ni, muncul balik ye sekarang..macam-macam

    ReplyDelete
  3. Pernah dengar ttg virus ni, tp tak berapa nak ambil tahu... bila baca jadi risau pulak. Semoga kita semua dilindungi... aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama tahun kelahiran saya pulak tu huhu...
      Xperia sini.. :)

      Delete
  4. bahaya virus ni sampaikan doktor yg rawat kat afrika pun maut sekali
    mudah2an virus ni x menular di malaysia
    simptom dia ala2 terkena gigitan nyamuk denggi kan

    ReplyDelete
  5. salam. huuu seram..minta dijauhkan dari virus ni..

    ReplyDelete
  6. Dah lama ye? Lagi tua dari kathy rupanya..

    ReplyDelete
  7. smoga kita terhindar dari virus ni.

    ReplyDelete
  8. Thanks for the reminder kak.... :)

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. It is a deadly disease. Extremly dangerous!

    ReplyDelete
  10. Nice sharing.. Risau demam akrg nikn.

    ReplyDelete
  11. NICE...infonya bermanfaat sekali (salam indonesia)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat