Breaking News

Friday, August 8, 2014

Bacalah Zikir Ini Setiap Hari

zikir harian
 Bacalah Zikir Ini Setiap Hari

Bacalah Zikir Ini Setiap Hari


Setiap dari kita dituntut untuk bertasbih dan berzikir mengingati Allah setiap hari seperti  firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan mengingati (nama-Nya) sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang” (Surah al-Ahzab, ayat 41-42)  

Terlalu banyak amalan zikir yang kita boleh amalkan untuk mendapat keredhaan Allah. Antaranya pengucapan, ‘La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir" (maknanya: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sesuatu yang menyamai-Nya. Dia memerintah seluruh alam dan seluruh puji-pujian hanya bagi-Nya, dan Allah Maha Kuasa atas semua) sebanyak 100 kali setiap hari.

Jika diamalkan zikir ini sebanyak 100 kali setiap hari, ganjarannya amat besar. Ianya sama seperti membebaskan sepuluh orang suruhan. Seratus kebaikan dicatatkan dan seratus keburukan dirinya dihapuskan. Kita juga akan terlindung daripada godaan syaitan sepanjang hari. Orang lain tidak dapat sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita amalkan melainkan apabila orang itu mengucapkan zikir itu lebih banyak daripada kita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Tawaran lumayan dari Allah. Jaga Diri, Hiasi Peribadi & Selamat Beramal.

7. Bahaya..Jangan Cuba

12 comments:

  1. InsyaAllah akan diamalkan nanti..tq dear

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian dan peringatan kak raudzah... :)

    ReplyDelete
  3. aik jangan lupa heee ingat ni.old town cofee satu

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing kak..insyallah akan cuba amalkan....menabung sony sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas peringatan ini Raudzah..

    ReplyDelete
  6. Nice sharing..terima kasih atas perkongsian ini..InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih berkongsi ilmu Raudzah

    ReplyDelete

Designed By