Bom Perkataan Larangan

Bom Perkataan Larangan Bila Naik Pesawat  
Bom Perkataan Larangan Bila Naik Pesawat 

BOM Perkataan Larangan


Rasanya ramai yang dah tau mengenai penerbangan pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang dua hari yang lalu tergendala selama beberapa jam berikutan ancaman bom. Apabila bercakap mengenai ancaman bom, pasti apa yang kita bayangkan ianya merupakan satu ugutan. Tapi jangan tak tau, perkataan "BOM" aje yang dilafazkan semasa pemeriksaan atau dalam pesawat sudah cukup sensitif. Ianya sudah dikira satu ancaman. 

Itulah yang berlaku dalam kejadian pukul 3.40 petang selasa yang lepas. Pesawat Malindo Air ke Pulau Pinang terpaksa ditangguhkan selepas seorang daripada penumpang mengeluarkan perkataan 'bom' kepada petugas Malindo Air semasa proses pemeriksaan pas pelepasan di pintu pesawat. Semasa pemeriksaan, lelaki itu menunjukkan pas pelepasan sambil berkata "kenapa nak periksa sekali lagi, bukan ada bom pun".  

Perkataan itu sebenarnya telah "mencetuskan ancaman keselamatan" apabila syarikat penerbangan itu terpaksa memindahkan 37 penumpang dari pesawat jenis ATR600, ke kawasan pengasingan dan mendapatkan skuad bom untuk melakukan pemeriksaan bagi mengesan bahan letupan itu. Di sebabkan petugas gagal mengingati wajah penumpang yang mengeluarkan perkataan tersebut, semua penumpang terpaksa berdiri di bahagian tarmac landasan dari pukul 4 petang hingga 8 malam untuk melalui pemeriksaan polis. Ada yang mengatakan ianya agak keterlaluan, tapi demi keselamatan, syarikat penerbangan terpaksa melakukan procedure ni . Hmmm..nampak macam tak ada apa-apa tapi seriuskan. 

So next time, kalau naik pesawat jangan gunakan perkataan bom atau yang seangkatan dengannya ya. Kalau tak susah jadinya. Yalah benda-benda macam ni kita tak boleh jangka kan. Yang sebaiknya, baca doa banyak-banyak semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita hingga sampai ke tempat yang dituju. Jauhi perkataan yang berunsur negatif. Ianya juga mungkin satu doa. 

1. Menarik..You all Kena Join

Comments

  1. Aik? Bom pun sensitif. Hadoi..hihi.. Thankss atas infonye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sensitif cik Ismi, saya salah seorang pekerja Mas pada tahun 1996, (bertugas bahagian AIC) kejadian sama berlaku apabila seorang security memeriksa sorang kakitangan Mas juga sebanyak 2 kali.
      Kerana geram diperiksa 2 kali yang menyebabkan si pelaku, menjadi lambat utk bergegas ke pesawat, dia menyebut, cekla betul-betul, mana tahu kalau-kalau saya ada bawa BOM!
      tak pasal-pasal staf tu kena tukar ke tempat lain, kitaorang yang tak salah pun kena basuh sekali.

      Delete
  2. kalau saya antara penumpangnya mesti cari sape yang sebut tu nak cekik-cekik dia.haha

    ReplyDelete
  3. hehehehehe..tampar je kuat² kalau ada yg sebut tu..heehehe..

    ReplyDelete
  4. thanks unuk info ini.. hehe bagi orang tu tingga dalam rumah besi hehe... tapi kalau orang melatah cakap pasal bom amacam... heE

    ReplyDelete
  5. kalau nama org ada bom, mcm Ah Bom ke, boleh sebut dok..Haha

    ReplyDelete
  6. Aduii.. sensitif perkataan tu.. mmg takut klu dengar time nak naik flight.. :D

    ReplyDelete
  7. kesian penumpang yang lain...tak pasal pasal kena berdiri lama untuk pemeriksaan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat