FB Akan Di Tutup ?

 FB Akan Di Tutup ?
FB Akan Di Tutup ?

FB Akan Di Tutup ?


Kecoh jugak ya pasal nak tutup FB. Ramai yang tak setuju. Sebenarnya ini hanyalah cadangan yang mungkin akan dipertimbangan oleh kerajaan ekoran dari pelbagai penyalahgunaan di laman FB seperti yang berlaku sekarang.

Berdasarkan rekod, jumlah akaun pengguna FB di Malaysia adalah 15 juta. Satu jumlah yang agak besar dimana hampir 50% daripada rakyat Malaysia mempunyai FB. Social media yang paling popular di Malaysia. 

Wajar Ke Tutup FB?


Jika di tanya kita samada wajar atau tidak FB ditutup for whatever reason, my answer should be ok coz kita bukanlah pengguna tegar FB. Jadi mungkin pendapat kita agak bias. Apapun setiap tindakan yang bakal diambil perlu dikaji. Tengok pro & cons dia. Bukan berdasarkan emosikan.

Kalau dilihat antara argument yang agak popular sekarang ni adalah FB ada kaitan dengan yahudi. So kalau kita boleh boikot produk yang lain kenapa tidak FB. Hmm...

Dari sudut positifnya pula, FB ni sebenarnya tak dinafikan banyak memberi manafaat kepada penggunanya. Antaranya merapatkan silatulrahim antara keluarga serta rakan rakan-rakan. Laman perkongsian ini juga terbukti antara meduim perkongsian ilmu yang popular. Banyak ilmu mahupun isu-isu berguna yang dikongsi dan dibincangkan di sini, yang memberi manfaat kepada ramai pengguna. Dari yang kecil hinggalah kepada yang paling dewasa.

Dari sudut negatifnya, FB juga selalu disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah dan juga perkara-perkara yang kurang elok. Namun dari segi jumlah mereka-mereka yang menyalahgunakan FB belum mencapai tahap serius. Berdasarkan laporan, hanya 2000 lapuran penyalahgunaan FN yang diterima setakat ini.


Ummaland Gati FB?
 Ummaland Ganti FB?

Ummaland Ganti FB?


Jadi sebelum apa-apa keputusan dibuat, wajar kerajaan membuat kajian secara terperinci. Fikirkan tentang Pro & Cons saranan ini serta medium alternatif sebagai pengganti. Dan yang paling penting adalah sikap pengguna FB atau mana-mana media sosial. Kita perlu menjadi pengguna yang bertanggungjawab.

P/s: Kalau you all nak tau, selain dari FB, Ummaland adalah laman baru yang you all boleh join. Fungsinya hampir sama dengan FB: Ummaland: http://www.ummaland.com/. So bolehlah register pada yang belum.

1. Hadiah Misteri
2. Keletah Rakyat Malaysia

Comments

  1. setuju juga kalau di tutup..kathy dah register pun ummaland ni..

    ReplyDelete
  2. setuju tutup..AB pun dah register ummaland.

    ReplyDelete
  3. nak try juga la ummaland ni...haritu ada orang invite...

    Entri terkini MINDAKABUR : Cara Untuk Mengemaskini Metadata dan Album Cover Pada Fail MP3

    ReplyDelete
  4. sebenar mana2 platform pun sama gak...yahudi "maybe" provide kita dengan platform tapi yang menjadikan ia negetif ialah kita sendiri..FB sendiri tak pernah menghalang kita daripada berdakwah dan berpesan-pesan baik antara sesama kita..bagi saya mentaliti kita dahulu yang harus diubah sebelum kerajaan mengambil keputusan nak tutup FB..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju aje..yang penting diri sendiri kena alertkan..yang negatifnya sebenarnya dari kita sendiri...

      Delete
  5. sebenarnya tak setuju lansung fb ditutup. sebab banyak kegunaan di fb, seperti berniaga dan interaksi lain,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..ramai aje yang berniaga thru facebook kan...mudah dan murah...

      Delete
  6. kena register ummaland pulak..hehe

    ReplyDelete
  7. oo please la jgn tutup fb. sbb fb ni je tmpt aku knal rakan2, tmpat blaja bnyk ilmu n tmpat utk tau berita2 terkini.. sumenye dlm 1 tmpat je, iaitu fb. klau tutup, mmang rase mcm hidup dlm gua la.

    ReplyDelete
  8. tak payah lah tutup.. ni tempat kita mengenal rakan-rakan lama yang terpisah, mengeratkan jurang persaudaraan kita yang lama tak jumpa... jika digunakan sebaiknya, dapatlah perkara yang baik juga..

    ReplyDelete
  9. harap fb tak ditutup.sebab dari fb saya banyak tau berita tentang isu semasa dan update dari kawan-kawan supaya tak terputus hubungan.tapi kalau ada bukti kukuh fb menyumbang kepada Israel, then y not?

    ReplyDelete
  10. Saya tak kisah pun klu nak di tutup... cuma pada saya ia ibarat marahkan nyamuk kelambu habis dibakar. Kerajaan sepatutnya ada kaedah yg bijak dlm mengawalnya. Ibarat kemalangan motor gejala mat rempit & sebagainya yg lebih tinggi tu, tiada pula alasan nak diharamkan motor... Umat islam kena bijak.. buat dawn raid & ambil alih saham fb tu. Hmm saya pun cakap shj. Tp, apa2 media sosial pun ada yg baik & ada yg buruk... wallahualam.

    ReplyDelete
  11. Apa-apa akaun laman sosial pun, bergantung kepada kita juga untuk menggunakannya sama ada baik atau buruk..Kalau fb ditutup pun , ada je cara lain kalau orang nak buat fitnah atau nak salah gunakan..sepatutnya individu tersebut yang dikenakan tindakan, bukan fb yang ditutup..hanya pendapat~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Wanie...Medium apa sekalipun harus digunakan dengan cara yang betulkan...Tindakan ke atas mereka yang tak bertanggungjawab ni perlu...at least sebagai pengajaran kepada yang lain...

      Delete
  12. Saya sokong pendapat Raudzah.
    Ohh..Ummaland adalah 1 of pengganti FB ke?
    Patutlah ramai invite saya.
    Saya pun dah jarang sangat-sangat FB ni..just guna untuk share entri blog je.

    ReplyDelete
  13. kalau FB ditutup, syukur Alhamdulillah, banyak sejarah pahit pasal FB ni. Ada kes suami-isteri bercerai pasal FBlah, mana taknya si bini jumpa pakwe lama, yang si suami jumpa awek lama.

    ReplyDelete
  14. apa2 semuanya terpulang pd pengguna...klu tujuan yg x elok...x elok la jadinya...pada noe klu nk tutup pun x kisah...sbbnya ianya byk beri kesan yg elok pada remaja n kanak2...sbb golongan ini masih kurang mampu tuk membezakan perkara yg elok n x elok...n x mampu nk fikir impak di atas satu2 tindakan yg mereka buat...

    ReplyDelete
  15. Okje rajin gak berfb ni....tp kalau dah kena tutup....tak kisah pun....ok jer hehe...
    Tulah bukan FB aje semua pun ada pro and cons....terpulang pada kita sendiri nak memacunya sebenarnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat