Breaking News

Wednesday, August 20, 2014

Hukum Solat Berjemaah Tapi Duduk Saf Berasingan

http://3.bp.blogspot.com/-sYDFekD0l_A/Ud7bOvsFsmI/AAAAAAAAAQE/-eobgFRj1mc/s640/shaf.jpg
Cara Solat Berjemaah Dalam Saf Yang Sempurna

Solat Berjemaah Dalam Saf


Apabila kita solat berjemaah pasti lafaz yang biasa kita dengar imam ungkapkan adalah, "Luruskan Saf" atau "Rafatkan Saf". Namun berapa ramai yang benar-benar mengikuti arahan imam tersebut? Dan berapa ramai yang benar-benar mengetahui apa maknanya meluruskan saf atau merafatkan saf. Dan apakah hukumnya solat berjemaah tapi duduk berasingan saf. 

Saf Pertama Adalah Saf Terbaik

 
Sebenarnya dalam Islam, para ulama sepakat bahawa saf pertama adalah saf terbaik dan besar keutamaannya bagi jemaah lelaki dalam bersolat. Manakala bagi saf jemaah perempuan, saf paling utama adalah saf paling akhir sekali. 

Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :’Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.’’ (Riwayat Muslim)

Saf Sebelah Kanan Lebih Baik Dari Saf Kiri


Disebut juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w. bahawa saf di sebelah kanan mempunyai lebih keutamaan berbanding saf di sebelah kiri. 

Daripada Aishah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat terhadap orang yang berada di saf sebelah kanan."(Riwayat Ibnu Majah)

Solat Dalam Saf Yang Sempurna


Solat dalam saf yang sempurna adalah apabila jemaah:

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.

Mengapa Perlu Solat Dalam Saf


Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Hukum Solat Berjemaah Dalam Saf Berasingan


Sah solatnya tetapi kurang pahala saf. Dengan syarat jemaah berada tidak jauh lebih daripada 300 meter.


21 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian...kadang kita terlepas pandang kan...^_^

    ReplyDelete
  2. Yang jarak 300meter tu baru tau... Rasanya kalau di Masjidil haram tu...ada yang lebih dari 300meter...macamne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat Masjidil Haram pasti ada pengecualian BM..Allah maha adil..Yang penting dalam keadaan biasa jangan kita berada di garis ke 300 meter. Datang awal ke masjid dan rebutlah saf berhampiran imam..

      Delete
  3. alhamdulillah..sejuk baca entri kali ni

    ReplyDelete
  4. ketuk juga cik blue bird..mmg semenjak dua pagi asyik bird lku iklan kaya2 tu hii sekejap jer..tu klu bernasib baik..sugguh pelik minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bluebirds tak diperlukan disini ya..he..he

      Delete
  5. Nice sharing. Ramai yg takde ilmu solat berjemaah. "Rebonding"kan saf nye pun tak tau. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana..sama-sama kita belajarkan..

      Delete
  6. salam. nice sharing sis...lama rasanya sy tak solat jemaah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Ita..ada peluang boleh berjemaah kan. Di rumah mahupun di masjid atau suraukan..

      Delete
  7. alhamdulillah, .. nice sharing kak, mama selalu dpt berjemaah dengan suami walaupun tak ke surau atau masjid

    ReplyDelete
  8. Berjemaah mmg lebih baik, tetapi kita mmg perlu juga tahu agar jemaah kita tidak kurang pahala atau menjadi sia2.. Thanks sharing Raudzah.

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing raudzah...mmg ada nampak yng solat berjemaah tapi berasingan...

    ReplyDelete
  10. Tapi itulah.. Kalau tgk skrg org solat berjemaah tapi x rapatkan saf

    ReplyDelete

Designed By