Breaking News

Tuesday, August 19, 2014

Kejam : Bunuh Dan Jual Daging RM8 Sebungkus

 http://dillah07.files.wordpress.com/2012/09/13469927664183702.jpg?w=325&h=241 
Bunuh Dan Jual Daging RM8 Sebungkus

Bunuh Dan Jual Daging RM8 Sebungkus


Ngeri & Kejam giler. Bayangkan ada sepasang suami isteri yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk. Mebunuh beberapa orang kanak-kanak dengan kejam. Daging kanak-kanak tersebut dilapah serta dijual ke warung-warung dengan harga RM8 sebungkus. Bila ada yang bertanya, dikatakan daging rusa. Hmm...Inilah kisah ngeri dan kejam yang berlaku di Pekan Baru. Apalah nak jadi dengan manusia sekarang ya...Dimana letaknya rasa perikemanusian mereka? Dan you all boleh bayangkan bagaimana perasaan pelanggan-pelanggan warung tersebut yang telah memakan daging-daging mangsa yang disangka daging rusa.

Suspek pembunuhan kanak-kanak yang menjadi korban pasangan suami isteri gila seks baru-baru ini mengaku menjual daging mangsa pembunuhan itu ke beberapa warung makan. Menurut suspek setelah dibunuh, daging mereka dilapah daripada tulang dan dimasukkan ke dalam  karung plastik dan dijual kepada pemilik kedai makan di sekitar Kota Perawang di Siak. Daging tersebut tidak dijual melalui skala runcit sebaliknya secara pukal. Sekarung plastik boleh mencapai harga Rp30,000 (RM8). Pemilik kedai makan itu tidak tahu mereka membeli daging manusia kerana dimaklumkan, ia adalah daging rusa.
Polis mendapati pasangan suami isteri itu mencabul atau meliwat mangsa sebelum dibunuh. Pasangan itu kemudian berasmara sejurus selepas membunuh mangsa. Dua pembantu mereka kemudian memotong badan mangsa sebelum sebahagiannya dibuang, manakala yang lain dijual kepada pemilik kedai makan. Aktiviti menjual daging kanak-kanak itu dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

24 comments:

  1. Loya tekak baca. Rasa nak muntah pun ade. Jijik betul laa manusia camtu. Kesian mangsa2 yg dibunuh. Dagingnya di masak lalu di makan. Arghh..lagi disebut rasa nak pitam terus.

    ReplyDelete
  2. nak baca pun tak sanggup
    apatah lagi nak membunuh...huhu,
    nie mmg tak ada perasaan punya org..

    ReplyDelete
  3. salam. Di Malaysia ke??? astaghfirullah...sanggup mereka?? ya Allah..kejamnya

    p.s menabung promoted content :))

    ReplyDelete
  4. perghhh...ini kejam tahap tak dapat dimaafkan nie walaupun apa alasan yang diberi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum,,,,raudz,

    pehhh... memang kejam dan tak berperikemanusiaan...

    mselim3

    ReplyDelete
  6. kejam betul pasanagn laki bini ni
    mcm org x betul je
    kesian mangsa yg kena bunuh tu
    part meloyakan..bila daging tu dijual kat org ramai..kembang tekak dibuatnya
    hope dikenakan hukuman berat kat pesalah/pembunuh ni

    ReplyDelete
  7. Pembunuh ni patut dilapah hidup2 sebagai hukuman..

    ReplyDelete
  8. Allah, diorang ni ape? manusia ke binatang yang sanggup buat macam tu? Akhir Zaman...


    jemput singgah blog Wawa - KLIK

    ReplyDelete
  9. Kejadian di Malaysia atau Indonesia...??
    hurm... macam2 perkara sekarang... demi duit... aduhai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejadian berlaku kat Indonesia!

      Delete
  10. errr...ngerilah sis.....x berperikemanusiaan...

    ReplyDelete
  11. Kejam giler. Apa la nasib orang memakan tu. eii

    Jom terjah : iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

    ReplyDelete
  12. aduhaiii.. bace perkataan bunuh tu pun dh seriau.. hurmm...betul ke kat malaysia nie.. xde sifat kemanusiaan betul la..

    ReplyDelete
  13. Ishh kerja org gilalah mcm ni... menakutkan. Kesian kpd yg menjadi mangsa. Org yg sanggup buat mcm ni mmg tak patut hidup...

    ReplyDelete
  14. iskhhh meloyakan laa... macam dah tak ada makanan lain nak makan...

    ReplyDelete
  15. ish2 . . . kejam nya !! manusia ke apa ni . .

    ReplyDelete
  16. Ya Rabbi... Ada lagi puak kanibal nih..

    ReplyDelete

Designed By