Breaking News

Saturday, August 23, 2014

Kemunculan Bulan Berkembar Di Langit Malaysia

Kemunculan Bulan Berkembar Di Langit Malaysia
Kemunculan Bulan Berkembar 

Kemunculan Bulan Berkembar


Kita pasti mesti ramai yang dah dapat message mengenai bulan berkembar yang akan muncul pada hari Rabu ni (27 August 2014) seperti kat bawah ni kan:

Pada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Pada hari berkenaan, planet Marikh akan berada pada jarak 34.65 juta dari bumi. Dua bulan ini akan kelihatan di langit pada jam 12.30 malam. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287. Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.
 
Dan kita pasti ramai yang dah forwardkan mesej ni kat rakan-rakan yang lain kan. Yalah sapa yang tak nak jadi saksi kepada peristiwa yang julung-julung kali berlaku ni kan. Kalau nak tunggu tahun 2287 memang agak mustahillah kot.  

  
Planet Marikh Yang Kelihatan Terang Seperti Bulan

Bulan Berkembar Tak Akan Muncul


Malangnya Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah  menafikan dakwaan di atas. Menurut Angkasa, jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.
Pada jarak 201.69 juta kilometer, planet Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam dan ia akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam, dan tidak akan lagi kelihatan selepas daripada waktu itu. Bulan pada malam itu berada pada fasa anak bulan dan bukannya bulan penuh. Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8.30 malam dan ia tidak lagi kelihatan pada 12 malam seperti yang digembar-gemburkan.

Bulan Berkembar Hanya Rumors


Dari apa yang kita baca, rumors ni mula tersebar sejak tahun 2003. Pada 27 August tahun 2003, Planet Marikh dan bumi dikatakan berada paling hampir dalam masa 60,000 tahun. Planet Marikh pada ketika itu berada pada jarak 35 juta batu dari bumi. Beberapa ahli astronomi telah mengesahkan dakwaan ini. Sejak tarikh itu berakhir, hampir dua tahun sekali mesej double moon ni tersebar. Date 27 August masih kekal. Cuma tahun aje yang berubah.
 
27th Aug the Whole World is waiting for....
Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 @ 11:00 PM (UAE Local Time). It will look like the earth has 2 moons. The next time Mars may come this close is in 2287. Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.

Apa-apa pun kalau you all rasa tak puas hati dengan dakwaan diatas serta kenyataan ANGKASA, bolehlah standby pukul 12.30 a.m, 27 August ni ya. Mana tau dapat lihat dua bulan macam gambar kat ataskan.

13 comments:

  1. oh okies.. tak tahu lagi pon tentang ni. tengkiu bagitau =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/08/8-tips-mencari-pengasuh-untuk-anak.html

    ReplyDelete
  2. sekarang ni rumors memang mudah tersebar kan..thanks for sharing info ni ye.

    ReplyDelete
  3. only bluebirds...sorry..another day ye :)

    ReplyDelete
  4. Baru tau info ni..
    Thanks Raudzah

    ReplyDelete
  5. cantik !! bestnya kalau betul2 haderrr...

    ReplyDelete
  6. Oh! ye ke...satu kejadian yang menakjubkan ...rasanya nak juga tengok kalau tak lupa..

    ReplyDelete
  7. This is a great phenomena not to be missed!

    ReplyDelete
  8. wah.. ye ke.. baru mama tahu sekadar rumors je...

    ReplyDelete
  9. Wow.. menarik. Thanks sharing info ni. Nak tunggu santai2 kat luar mlm tu nanti.. :)

    ReplyDelete

Designed By