Malaysia Rakan Sekutu Israel?

 Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, seperti ditunjukkan laporan Biro Statistik Pusat Israel ini.
Malaysia Rakan Sekutu Israel?

Malaysia Rakan Sekutu Israel?


Jika sebelum ini ramai yang mendesak kita memboikot produk keluaran Israel dan juga produk negara yang menyokong Israel, mungkin kali ini kita perlu mendesak kerajaan mengkaji kembali hubungan dagangan dengan Israel secara serius kerana Malaysia adalah antara penyokong kuat ekonomi Israel. Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Lamanweb Israel, Malaysia boleh dianggap antara rakan sekutu kuat Israel dari segi dagangan kerana Malaysia adalah merupakan destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel, dengan nilai eksport hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion). 

 http://occupiedpalestine.files.wordpress.com/2012/11/nov-20-2012-gaza-under-attack-safa-view_1353374953.jpg
  
Malaysia Penyumbang Kepada Kezaliman Di GAZA?

Persoalannya apakah produk yang di import dari Israel. Apakah kita salah seorang dari pengguna tegar produk-produk ini? Mungkin tiba masanya kerajaan Malaysia menjadi lebih sensitif terhadap isu kemanusiaan ini. Jika Malaysia tak mampu menghulurkan bantuan ketenteraan kepada palestin atau berjuang bersama-sama rakyat palestin di GAZA, Malaysia sebagai sebuah negara Islam pasti mampu menjadi penyumbang kepada keruntuhan ekonomi Israel.

Comments

  1. Haihh.. Malaysia antara yang tertinggi tu.. hmm... masih ramai lagi yang belum betul-betul sedar agaknya..

    ReplyDelete
  2. ermm.....apa ya yang di import tu...yang latest tak de ke sis....2014??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada wan..nanti kalau ada kita kongsikan k..

      Delete
    2. ok sis,...Tq:D

      mmg nak thu sngt sekarg mcm mana...

      Delete
  3. moga2 rakyat Malaysia sedar..sama-samalah kita berusaha menolak yang buruk.

    ReplyDelete
  4. lama dah tau... takkan nak buat demonstrasi atau boikot pada negara sendiri pulak... aduyai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sebar & pressure our gov acik idah...let them disclose the items..senang sikit nak boikot kan..

      Delete
  5. nak buat cmane sis..menaip komen ni pun pakai pc HP, software intel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Sal..kita cuma curious ada ke barangan dari israel yang diimport secara direct? Kalau ikutkan pc and software tu rasanya semua negara terlibat bukan hanya Malaysia. Tapi kalau dah hampir masuk top ten tu memang bahaya...tinggi nilai import tu...

      Delete
  6. Apa yg saya tahu kebanyakkan perniagaan kaum Israel di sini adalah melalui proxy dari AS... ahli perniagaan AS yg berbangsa yahudi... by law dia bukan org Israel.. wallahualam.
    Tp mmg itulah masalah & kita sepatutnya sepakat membentras topeng2 ini... kita mampu melemahkan Zionis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed Khir..kita cuma curious samada Malaysia ada hubungan secara lansung bukan melalui proxy..

      Delete
  7. Huhu...teruk juga ni.

    ReplyDelete
  8. Kalau betul kerajaan kena jelaskan apa sebenarnya dagangan kita dengan Israel bagi mengelakkan khabar angin yang tak menentu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Kita ibarat duri dalam daging?
    Mari kita buka hati... Bersihkan diri..
    Hiasi peribadi Islam sebenar.
    Insyaallah.

    ReplyDelete
  10. Owh... Amat menyedihkan... Mana lah pemimpin kita nih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat