MH17: 20 Jenazah Pertama Tiba Esok

 MH17: 20 Jenazah Pertama Tiba Esok
MH17: 20 Jenazah Pertama Tiba Esok

20 Jenazah Pertama MH17 Tiba Esok  


Setelah hampir 42 hari tragedi MH17 ditembak jatuh di Ukraine, In Shaa Allah, esok 20 jenazah yang pertama akan kembali ke tanah air untuk disemadikan. Jenazah penumpang dan anak kapal MH17 warga Malaysia ini akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 10 pagi. 

Waktu Bertafakur Sambut Jenazah


Tempoh bertafakur selama seminit akan diadakan sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa MH17 di KLIA (di antara pukul 10.45 hingga 11.15 pagi Jumaat). Seluruh rakyat Malaysia, samada yang berada di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, atau dimana-mana sahaja diminta untuk bertafakur sebagai tanda penghormatan terakhir. Sedekahkan Al Fatihah untuk mereka yang telah menempuh perjalanan yang begitu jauh.

Berikut adalah senarai nama 20 Jenazah Mangsa MH17 yang bakal tiba: Senarai Nama 20 Jenazah Mangsa MH17 Yang Di Bawa Pulang



Datang Awal Ke KLIA


Istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17 ini dijadual bermula kira-kira 6 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari dan membabitkan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan KLIA2. Untuk memudahkan perjalanan majlis, orang ramai dan penumpang yang menggunakan KLIA dan KLIA2 diminta untuk tiba tepat pada waktunya. Elakkan meletak kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan KLIA2 bagi memastikan trafik berjalan lancar. Semoga perjalanan majlis dipermudahkan Allah.
 
Embedded image permalink
Raptai Istiadat Penerimaan Jenazah

20 Ogos 2014 - Hari Perkabungan Negara

 
Sebagai menghormati jenazah mangsa MH17, kerajaan Malaysia juga telah menetapkan esok, 22 Ogos 2014, sebagai hari Perkabungan Negara. Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya: 
 
1. Mengibarkan bendera separuh tiang 
2. Menangguhkan acara yang berunsur hiburan di semua saluran radio dan televisyen dan Ianya digantikan dengan bacaan al-quran dan program berunsur keagamaan  
3. Mengenakan pakaian yang berwarna suram terutama bagi petugas yang terlibat dengan istiadat perkabungan. Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok, tanpa lilitan warna putih manakala wanita perlu memakai selendang hitam



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat