Ramly Burger Ganti McDonald

Thumb ddf0
 Ramly Burger

Kempen memboikot McDonald nampaknya memberi tuah kepada Ramly Burger. Nama Ramly Burger tiba-tiba melonjak naik setelah Produk McD diboikot kerana dikatakan memberi sokongan kepada pihak Zionis Israel. Ramai yang dah bertukar angin memberi sokongan kepada Ramly Burger. Promosi-promosi di facebook dan blog juga sangat aktif. Alhamdulillah. Rezeki Ramly Burger.

 
 Ramly Burger

So far, Premis Ramly Halal Mart Sdn Bhd ni boleh ditemui di 8 Cawangan berlainan di sekitar Lembah Klang. Antaranya di Setapak dan Jalan Raja Abdullah. Honestly kita memang tak pernah singgah di mana-mana cawangan Ramly Halal Mart sebelum ni. Namun kita adalah peminat tegar Ramly Frankfurter Chicken. Memang best.. 

Cawangan Ramly Burger (Klik Untuk Besarkan Imej)
 
Set Burger Ayam
Produk Ramly Burger

Pada yang belum tau, banyak pilihan produk Ramly Burger yang ditawarkan di premis ni. Ada Set Burger Ayam, Set Burger Bersalut & Frankfurter dan juga menu western seperti chicken chop, lamb chop dan juga fish & chips.  Harga pun sangat berpatutan. So you all should try...Jom support local product.

Comments

  1. sama gak..tak pernah singgah.tapi memang selalu beli produk ramly cam sosej, nugget dan minced meat dia.

    ReplyDelete
  2. nt nak try la pegi yg cawangan bagi tu...mmg sdp eh burger dia?

    ReplyDelete
  3. memberi sokongan kepada produk tempatan....Actually local product adakalanya jauh lebih murah dan kualitinya lebih tinggi..
    #tak pernah ke kiosk tu lagi...beli dging burger ramly goreng kat rumah je..hihihih

    ReplyDelete
  4. husband suka beli barang kat kiosk ramly burger...kalau jadi ahli, lagi murah kalau beli bahan mentah kat ramly burger...^_^

    ReplyDelete
  5. Selalu beli Ramly Burger jer...
    Next time nak try products selain burger dia pulak.
    Support GAZA

    ReplyDelete
  6. cawangan banyak kat KL, kesian org luar KL nak merasa..

    ReplyDelete
  7. Abang Ramly, semoga maintain buat burger best & taste standardized semua franchise.
    Baru customers berkejar2 datang :D

    ReplyDelete
  8. time nielah ramly nak kembang kan bisness dia kan..

    ReplyDelete
  9. Nama ramly naik teruss.. Ramai "penagih2" mc'D dah bertukar selera ke ramly. :)

    ReplyDelete
  10. Saya suka makan Ramly burger ni, tapi cawangannya masih tak banyak yg berdekatan dengan rumah, kalau nak makan, kena pergi ke setapak ataupun kota damansara.

    ReplyDelete
  11. burger ramly sedap
    cuma restorennya belum lagi sampai ke sini
    hope suatu hari nanti restoren ni ada kat seluruh malaysia

    ReplyDelete
  12. sha suka sangat dengan burger daging ramly !! sedapppp tak terkata !!

    ReplyDelete
  13. haaa... lebih baik sokong produk tempatan... terbaek (y)

    ReplyDelete
  14. haaa bestt!! tapi nape air dia hot milo? kan barangan nestle tu..Hehe

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/08/bagaimana-mengatasi-bayi-kembung-perut.html

    ReplyDelete
  15. Saya mmg penggemar Ramly burger sejak dulu lagi... mmg suka street burger. Lagi berbaloi... :D

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah.. ada alternatif dari bumiputra..

    ReplyDelete
  17. Wow, Ramly already has fastfood oulets!

    ReplyDelete
  18. Ramly kena perluaskan dan perbanyakkan lagi francais keserata tempat seluruh negara, inilah masa keemasan yg perlu mereka rebut. Satu lagi...air PEPSI tu elok tukar kepada air lain jer...

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, pilihlah yang bumiputera kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat