Breaking News

Wednesday, September 10, 2014

6 Kelebihan Bangun Di Awal Pagi

 Kelebihan Bangun Di Awal Pagi 
6 Kelebihan Bangun Di Awal Pagi (Klik image Untuk Besarkan)

6 Kelebihan Bangun Di Awal Pagi


Waktu pagi adalah waktu paling efektif setelah kita berehat sepanjang malam. Ianya adalah waktu yang terbaik untuk minda dan tenaga kita berfungsi. Kita sangat dituntut untuk bangun awal pagi kerana disinilah rezeki kita bermula.

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Sebab itu kita dapati mereka yang berjaya dalam hidup kebanyakannya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Selain daripada punca rezeki, bangun awal pagi mepunyai pelbagai kelebihan. Antaranya:

1. Memberikan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian.
2. Membolehkan sarapan di awal pagi yang amat penting untuk kesihatan kita.
3. Membantu menstabilkan emosi
4. Dapat menyelesaikan kerja dengan segera
5. Menyambut hari baru dengan penuh kesyukuran
6. Menambah produktiviti Kerja

Biarpun ramai yang maklum kelebihan bangun pagi, namun masih ramai yang sukar untuk bangun awal pagi. Ubatnya senang. Tidurlah  lebih awal, biarpun hanya 30 minit lebih awal, ianya amat membantu.

11 comments:

  1. sekarang nie banyak bersenam dengan anak pulak..terkejar-kejar nak siapkan dia untuk hantar ke babysitter..hehehe...thanks for sharing ye raudzah

    ReplyDelete
  2. betulx2 bnyk klebihan bgun awal ni..:)

    ReplyDelete
  3. betul..tapi saya tak nafikan kalau time cuti, terlajak juga

    ReplyDelete
  4. yang bagus tu selalunya sukar orang nak buat kan.

    ReplyDelete
  5. Sebab tu Rasulullah ajar kita semua bangun awal. Secara logik, nak sembahyang subuh. Tapi hakikatnye, byk kebaikan di situ. :D

    ReplyDelete
  6. salam. hehhee kalau time cuti aka period..terlajak jugak..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. pagi ni terlebih awal pulak bangun.. Salam Jumaat Raudzah.. :)

    ReplyDelete

Designed By