6 Kebaikan Lemon Jus Sebagai Sarapan

Kebaikan Lemon Jus
6 Kebaikan Lemon Jus Sebagai Sarapan

6 Kebaikan Lemon Jus Sebagai Sarapan


You all suka minum lemon jus? Kita pasti ramai yang suka kan. Antara minuman favorite kita ni. Selain daripada rasa dia yang sedap,  mengambil lemon jus panas sebagai sarapan sebenarnya mempunyai pelbagai kebaikan. Ianya merupakan amalan Ayurveda sejak turun temurun kerana lemon jus bertindak:

Membantu Penghadaman 

Ramai yang kata mengambil air suam diwaktu pagi boleh merangsang saluran GI. Namun mungkin ada yang tak tau, lemon juga dipercayai boleh merangsang dan menyucikan hati. Ia turut membantu menuetralisekan asid dalam badan melalui penghadaman dan penyingkiran. 

Menyokong Fungsi Imunisasi 

Buah-buahan sitrus seperti lemon mempunyai kandungan vitamin C dan asid askorbic yang tinggi. Vitamin C adalah elemen yang sangat penting untuk menyokong fungsi imunisasi. Kehadiran asid askorbik pula membantu penyerapan zat besi yang juga memainkan peranan dalam fungsi imun. 

Alkalizes Badan 

Jika badan kita mempunyai masalah ketidakseimbangan pH kronik, kita mudah terdedah kepada penyakit. Walaupun lemon kelihatan berasid, ia merupakan cara yang terbaik untuk memastikan keseimbangan pH dalam badan kita dan sangat perlu terutamanya bagi kita yang mengamalkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemaknya. 

Membantu Detox 

Air limau adalah diuretik semulajadi. Ia boleh mengawal cecair dalam badan serta menyahkan toksid yang ada didalamnya. Asid sitrik dalam lemon juga boleh membantu memaksimumkan enzim yang merangsang hati. 

Ia Merupakan Satu Energizer 

Ramai yang mengambil kopi untuk sarapan pagi bagi menambahkan tenaga dalam badan. Namun ramai yang kurang tau bahawa gabungan air dan lemon sebenarnya sangat membantu proses hidrasasi serta pengaliran oksigen ke darah yang akan menjadikan kita rasa hebat dan bertenaga. 

Memastikan Kulit Cantik 

Kita selalu dengar dehidrasi kronik boleh menyebabkan kulit kelihatan kusam. Jadi untuk mengelakkan masalah ni, mulakan hari kita dengan pengambilan lemon. Vitamin C dalam lemon, memainkan peranan penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan serta membekalkan antioksidan bagi melambatkan faktor penuaan. So tak perlu botox lagi.

Jadi kalau nak sihat dan kelihatan cantik, pastikan lemon jus ada dalam menu sarapan you all k.


Comments

  1. Byk kebaikan lemon ni rupanye. :)

    ReplyDelete
  2. okk..... kalau limau nipis atau limau kasturi tu sama ke khasiatnya dengan lemon ni Raudzah....

    ReplyDelete
  3. tak payah botox
    kita amalkan yg ori je...
    baik utk kesihatan...lemon mmg kaya dgn vit c

    ReplyDelete
  4. memang bnyak kbaikan buah lemon ni kan..:)

    ReplyDelete
  5. suka juga lemon.. wangi je kalau minum teh lemon

    ReplyDelete
  6. kenalah beli lemon lepas ni... sha nak amalkan madu & lemon setiap pagi, tapi masih tak lulus lagi... erghh geram !

    ReplyDelete
  7. Jangan minum perut kosong ye, nnti jadi angin 1 badan mcm saya.

    ReplyDelete
  8. Errmm... biasanya idah amalkan apple smoothie... tapi boleh gak la sekali sekala tukar lemon kan... :d

    ReplyDelete
  9. Klu tak biasa mula2 akan jadi perut meragam.. lawas.. Tp klu dah biasa ok je. Mmg bagus lah. Thanks sharing..
    Burung biru je yg berterbangan kt sini...

    ReplyDelete
  10. ala...biasanya noe ambik nescafe/teh pagi2...mcm dh addict jer...tp maybe leh cuba lemon jus ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat