8 Tempat Percutian Menarik & Murah

8 Tempat Percutian Menarik & Murah Pilihan Blog Santai



Langkawi

Pulau Langkawi secara relatifnya agak murah untuk dikunjungi kerana ia adalah sebuah pulau bebas cukai. Selain daripada pantainya yang cantik, membeli belah adalah aktiviti utama di pulau ini. So kalau you all nak pergi Langkawi sediakan duit banyak-banyak ya. Baru best shopping. He..he

Bali


Pulau Bali merupakan Pulau Kecil yang terletak di antara Pulau Jawa, dan Pulau Nusa Tenggara. Pulau Bali memang sangat terkenal diseluruh dunia, sebagai tempat percutian yang kaya dengan nilai budaya yang diamalkan turun temurun. Bahkan ada yang mengatakan Indonesia terletak di Pulau Bali. Padahal, sebaliknya. Balilah yang terletak di Indonesia. Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi di Bali.  Antaranya Pantai Pandawa, Pantai Seminyak, Kuta dan Tanah Lot.


Lombok


20 minit memisahkan antara Bali dan Lombok. Biarpun Lombok selalu dikaitkan dengan kisah yang agak negatif, ianya merupakan antara tarikan pelancongan terbaru. Pulaunya yang cantik memang sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Jauh dari hiruk piruk kota, Lombok adalah satu destinasi menarik untuk merehatkan minda dan serta mencari ketenangan.


Krabi


Krabi di Thailand juga merupakan antara tempat percutian pilihan ramai walaupun agak mahal berbanding tempat-tempat lain di Thailand. Pulau Krabi yang sememangnya cantik, memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk mencari ketenangan.


Da Nang, Vietnam

Terletak di antara Hanoi dan Ho Chi Minh, Da Nang telah berkembang menjadi sebuah tempat percutian popular di Vietnam. Pantainya yang indah menjadi tarikan pelancong. Di pulau ini juga terdapat satu kawasan tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO iaitu bandar Hoi An. Di bandar ini terdapat banyak kawasan yang menarik yang boleh diterokai, antaranya Old Town, Japanese Bridge, kilang sutera dan deretan kedai dan rumah yang dihiasi Tanglung.


Ko Samui


Ko Samui adalah sebuah pulau yang terletak di Teluk Thailand. Ianya menjadi pilihan pelancong kerana kecantikan pulaunya. Kalau nak pergi ke pulau ni you all boleh pilih samada nak menaiki bot atau kapal terbang. 


Boracay, Philippines


Pulau Boracay adalah destinasi pelancongan yang sangat popular di Filipina. Pulau ini terletak sejauh 315 km dari Manila. Pada tahun 1990, Boracay telah dipilih sebagai salah sebuah pantai terbaik di dunia oleh BMW Tropical Beach Handbook. Pulau ini juga telah dipilih oleh TV Quick sebagai pantai tropika terbaik di dunia pada tahun 1996. Menarikkan


Phuket

Pulau Phuket ialah salah satu wilayah di selatan Thailand. Dahulunya ia dikenali sebagai pulau Talang. Talang ialah sejenis ikan, dalam bahasa Melayu. Sememangnya ramai orang Melayu yang tinggal di pulau Phuket. Ini termasuklah keturunan Mahsuri yang berhijrah ke sini. Dari segi geologi, Phuket merupakan pulau terbesar di Thailand dan mungkin yang paling terkenal. Ia adalah destinasi popular untuk pelancong kerana mempunyai banyak resort mewah, pantai yang indah, bar, restoran, dan pelbagai aktiviti. Memang meriahlah...

P/s: Kalau you all nak tau pakej-pakej menarik yang ditawarkan untuk ke tempat-tempat diatas, boleh klik SINI k.  Memang murah dan berbaloi.


Comments

  1. pernah sampai Langkawi jer...yang lain tu, belum mampu lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah GI langkawi, Bali & phuket...tiga-tiga best mama.

      Delete
    2. mana lagi best bali tau phuket??...ad suggestion tak??

      Delete
  2. timm pun langkawi je penah g..sampai 2 kali g sana..xde shopping sgt pun..sekdar main pantai sampai hitam..hehe..

    ReplyDelete
  3. Entah bila la dapat berkunjung ke situ kan..

    ReplyDelete
  4. Thanx kongsi ni Raudzah.
    Ermmm kalau saya, memang takut jugak nak pi Lombok ni. Tak pasal-pasal kena culik macam yang slalu kita dengar.

    ReplyDelete
  5. Banyak betul tempat menarik kat Thailand kan?
    Tapi tulah..dengar asik ada pertumpahan darah dgn keadaan politik yang x stabil tu yang takut nak pi jugak. Tempat2 ni selamat tak dari kes-kes pemberontakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah so far OK doc. Tapi jangan pergi tempat yang bergolak. Yang Tu tak ada jaminan rasanya...

      Delete
  6. wah nak bawa kita pi jenjalan ker sis heee

    ReplyDelete
  7. seng heng dua kali untuk ini melem heeeeeeeee

    ReplyDelete
  8. semuanya menarik sis...Lombok tu mmg cantik..:D

    ReplyDelete
  9. Bali, Krabi & Phuket sangatlahhhh teringin nak pergi... Langkawi sudah... memang besttttt... rasa macam taknak balik KL je bila sampai sana !

    ReplyDelete
  10. mmg menarik tempat2 tu raudhah...bila la leh sampai...

    ReplyDelete
  11. Teringin juga nak melancong tapi tak tau bilalah dapat pergi...semua tempat tu menarik untuk di lawati....

    ReplyDelete
  12. Terbaik ah.. ^_^ ana nekad nak gi langkawi & tganu je takat ni. Hehe

    ReplyDelete
  13. Teringin nak ke lombok, tp belum berpeluang sampai lagi...

    ReplyDelete
  14. Krabi dan Bali merupakan destinasi paling best setakat ni selain langkawi yang pernah ku pergi...

    ReplyDelete
  15. Buat masa ni sye dah pergi langkawi,phuket,lombok(gili trawangan island) and bali..paling bekenan di hati n nk pg lg dan lg dan lg lg lg ialah lombok n bali..suke sngt dgn kedamain n tgk cra hdp masyarakat di sna...sngt2 menghargai pelancong luar..pg sne mcm x nk blk kl lg...

    ReplyDelete
  16. https://www.facebook.com/kalumpangresort
    019-384 0838 (Mr.Fahmi)

    ReplyDelete
  17. untuk pilihan pakej yang lebih menarik dan murah boleh email ke
    ain@selamatbercuti.com

    ReplyDelete
  18. Pakej Bajet chalet / homestay bersama kereta 3h2m di Pulau Langkawi.
    http://www.homestaybajetlangkawi.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Memang best2 semua tempat yang disebutkan, tak rugi kalau pergi

    ReplyDelete
  20. puket adalah tempat melancong yang populer

    ReplyDelete
  21. perlu duit lebih melancong ke luar jiran

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat