Kebesaran Kalimah Bismillah




Kebesaran Kalimah Bismillah

Kebesaran Kalimah Bismillah


Kalimah بسم الله الرحمن الرحي yang bermaksud "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani" adalah merupakan ayat pertama pada setiap "surah"  dalam Al-Qur'an, dan digunakan secara exklusif oleh semua umat Islam. Ia disebut beberapa kali dalam solat dan menjadi kalimah yang sangat dituntut untuk diucapkan sebelum kita melakukan sesuatu perkara untuk mendapat keberkatan di samping memohon perlindungan Allah dari sebarang ancaman bahaya. Ianya juga ungkapan yang sangat mudah namun ganjarannya sangat besar disisi Allah.

Di dalam sebuah hadis dinyatakan: "Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "

Dan ketika kalimah ‘Bismillah’ di ucapkan, ianya perlu diresapkan ke dalam hati kerana Allah melihat hati kita, bukan apa yang kita ucapkan tetapi apa terniat dalam hati kita. Sesungguhnya kita amat bertuah kerana apabila kita mengingati dan menyebut nama Allah, maka Allah akan mengingati serta memudahkan pekerjaan yang kita laksanakan. 

Comments

  1. Subhanallah.. t kasih atas perkongsian di hari yg berkat ini.. Salam Jumaat Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat yer ! tq berkongsi sama yer

    ReplyDelete
  3. salam Jumaat...terima kasih atas perkongsian yang baik...

    ReplyDelete
  4. Insha-Allah. Mulakan segala perkara baik dengan kalimah Bismillah..:)

    ReplyDelete
  5. Betul kata Raudzah.
    Thanks atas perkongsian baik ni.

    ReplyDelete
  6. Maha Suci Allah :) segala perbuatan pun dimulakan dengan bismillah kan ..

    ReplyDelete
  7. Bismillahirrahmanirrahim...terima kasih atas perkongsian raudhah...

    ReplyDelete
  8. Allahu.. :) thanks share. :) sebab tu ucapan ﺑﺴـــــــــــــــــﻢ ﷲﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ digalakkan dibaca sebeblum buat sesuatu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat