Breaking News

Thursday, September 11, 2014

Kenapa Hati Jadi Keras?

 
Kenapa Hati Jadi Keras? (Klik Image Untuk Besarkan)

Salam Jumaat buat semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi pilihan kita untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai seketul daging dalam tubuh manusia yang dinamakan hati. 
Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.' - See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2014/04/7-cara-mencuci-hati-manusia.html#sthash.ZpI49QFO.dpuf
Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'
Hati manusia adalah ibarat raja. Ianya mengawal pemikiran dan emosi kita. Jika hati kita baik maka hebatlah peribadi kita. Sebaliknya jika hati kita telah menjadi keras atau dikotori maka rosaklah peribadi dan akhlak kita.  Maka sukarlah untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. 

Kenapa Hati Jadi Keras?


Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati. Bila hati telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah. (Riwayat Tirmizi)

Rasulullah S.A.W. juga berpesan yang bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa  yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.”  (Diriwayatkan oleh Baihaqi)  


Kesimpulannya, hati kita berkait rapat dengan mulut dan lidah kita. Seperti kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Jadi berkatalah bila perlu. Jika percakapan kita itu tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik kita berdiam diri. Moga-moga Allah memelihara hati kita.

10 comments:

  1. Alangkah beruntungnya mereka yg suci hatinya. Semoga kita semua dikurniakan Allah hati yg bersih. Amiin..

    ReplyDelete
  2. salam Jumaat, semoga terus diberikan ketabahan hati

    ReplyDelete
  3. salam. semoga hati kita sentiasa bersih dan dijauhkan dari penyakit hati keras ni..

    ReplyDelete
  4. Alamak..... mcm terkena jer mak hehe.....
    Insyaallah moga banyak bercakap perkara yg baik baik..... dan banyak jugak berzikir ,,,,

    ReplyDelete
  5. salam jumaat, moga dijauhi dr hati mnjadi keras..:)

    ReplyDelete
  6. Semoga dijauhkan lah... nauzubillah...

    ReplyDelete

Designed By