Rakyat Malaysia Ketagih Internet?

Rakyat Malaysia Ketagih Internet?

Rakyat Malaysia Ketagih Internet?


Kemudahan Internet boleh dianggap satu Keperluan bagi dunia moden. Penggunaan internet begitu meluas. Melangkaui sempadan dunia. Tempat untuk mencari dan berkongsi ilmu, mencari rezeki, berhibur, mencari kenalan dan juga melepaskan perasaan. Perkembangan teknologi yang sangat pesat juga merupakan salah satu sebab mengapa ramai daripada masyarakat dunia hari ini menjadi pelayar internet tegar. Ramai yang begitu obses dengan pelbagai gajet canggih seperti telefon pintar dan tablet yang mengandungi pelbagai aplikasi moden termasuk permainan videoSebab tu tak hairan kalau ramai diantara kita yang tak boleh berenggang dengan handphone. Kalau tak ada handphone dan tak boleh melayari internet, ramai yang seolah-olah mati akal. Kronik kan..

Mengikut statistik, pengguna internet di Malaysia berjumlah hampir 20 juta orang. Dan kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan masa paling minimun antara tiga hingga lima jam sehari melayari internet  di mana sahaja mereka berada. 41.7 peratus daripada pengguna setia internet di Malaysia adalah golongan belia yang berumur 20 hingga 29 tahun dan 16.5 peratus adalah kanak-kanak dan remaja yang berusia di bawah 19 tahun. Dan peratusan ini meningkat setiap hari. 
Implikasi Ketagihan Internet 

Bahaya Penggunaan Internet Secara Berlebihan


Biarpun internet menawarkan pelbagai kebaikan, kesetiaan kepada internet sebenarnya boleh membawa kepada ketagihan. Sama seperti ketagihan dadah dan juga arak. Implikasinya sangat besar. Rekod dunia menunjukkan mereka yang melayari internet melebihi tujuh jam sehari semalam dikategorikan sebagai golongan penagih yang serius. Ianya boleh mengundang pelbagai masalah termasuk tekanan emosi, keresahan dan kemurungan. Penggunaan internet yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan termasuk masalah mata dan jantung serta menyumbang kepada obesiti dan kegemukan.  

Harap-harap kita semua tak berada di tahap ini ya. Yalah bloggers pun banyak masa dihabiskan melayari internet kan. Kena selalu ingat, internet ini juga boleh dianggap salah satu ujian dari Allah. Apabila terlalu khusyuk melayari internet, ramai yang lupa akan tanggungjawab terhadap kita punya Pencipta, keluarga dan juga masyarakat. 

Comments

  1. suka ayat terakhir tu.... jangan sampai kita lalai kepadaNYA sudah lah...

    ReplyDelete
  2. memang bahaya kalau kita menggunakan internet secara berlebihan .banyak kesannya..... :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan singgah sabtu di sini..setuju sangat.....jangan terlalu berinternet hingga melalaikan kewajipan...

    ReplyDelete
  4. Ana ni kira penagih internet gak. Tapi dalam henfon je la. Bila ngadap laptop tak lalu nak ngadap. Idea nak mencari pun blurr. Haha. Wpun ana agak ketagih tp takat ni takde la lagi keje tertunda2 sampai 2 3 4 hari. Huhu. Yg penting solat mane boleh tinggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita prefer lappy than hand phone Ana. Kecil sangat macam tak puas je..he..he

      Delete
  5. ermm memang bahaya... ibu bapa perlu pantau

    ReplyDelete
  6. Mmg ada betulnya tu & sbg ibu bapa nak halang tak boleh.. cuma kena cari jln mcm mana nak arahkan penagihan tu ke arah yg baik & bermanfaat... in shaa Allah.
    Teringat satu ustaz ckp, ada org ketagih pergi disco & ada yg baik, ketagih ke masjid.. Perasaan mereka dua2 tu sama sahaja cuma baik & buruk je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. So true Khir...kalau dah addicted memang sukar nak lepaskan...kalau yang baik OK..kalau yang nakal Tu yang payah..

      Delete
  7. tak keterlaluan utk katakan ya.
    sbb setiap kali iklan kn umah sewa @ cari housemate baru, antara soalan yg ditanya , "ada internet x?"

    ReplyDelete
  8. It is imperative that we read blog post very carefully. I am already done it and find that this post is really amazing.
    obat gabagen
    obat ginjal bengkak
    obat keloid
    obat limpa bengkak
    obat thalasemia
    obat kencing tidak tuntas
    obat tbc tulang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat