Breaking News

Sunday, September 14, 2014

Sahabat Dunia Akhirat


 Zainuri menjalankan rutin hariannya pada setiap hari dengan menguruskan Mohamed sebelum memulakan perniagaannya.
Sahabat Dunia Akhirat

Sahabat Dunia Akhirat


Bila kita baca kisah seorang pak cik dari Gombak yang setiap hari menjaga rakannya yang tidak upaya, kita memang salute habis dengan pak cik ni. Mereka sebenarnya tidak punya pertalian darah. Tapi mereka adalah dua sahabat karib. Dunia dan akhirat. 

Inilah kisah murni pak cik Zainuri Yit,  yang berusia 59 tahun yang telah menjaga sahabat baiknya, Mohamed Jusoh, 72, sejak empat tahun lalu. Biarpun mempunyai keluarga sendiri serta memperolehi pendapatan yang tidak seberapa hasil perniagaan air tebu secara kecil-kecilan, beliau tidak pernah mengabaikan sahabat karibnya itu yang tidak boleh berjalan sejak jari kaki kirinya dipotong. Keadaan menjadi lebih sukar bagi Mohamed, kerana isteri dan anaknya mengalami masalah mental sehingga kehidupan seharian beliau terabai.

Sebagai sahabat karib,
Pak cik Zainuri kini mengambil tugas ahli keluarga sahabatnya untuk menjaga beliau. Setiap pagi sebelum bekerja beliau akan datang ke rumah rakanya itu untuk menghantar sarapan. Pada sebelah petang, setelah habis bekerja beliau akan datang lagi untuk memandikan rakannya serta memastikan keadaan beliau terurus. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menanggung segala belanja perubatan rakan karibnya. Alhamdulillah menurut beliau, biarpun pendapatannya tak seberapa, namun beliau masih mampu menanggung keluarga serta rakan karibnya. 

Hmm..bukan semua orang boleh ambil tanggungjawab ni kan. Keluarga sendiri pun kadang-kadang tak terurus inikan pula hanya seorang rakan. Semoga Allah murahkan rezeki pak cik ni.

7. Rahsia Untuk Mereka Yang Berhijab

15 comments:

  1. Bertuah ada sahabat sebaik ini, sahabat sewaktu susah bukan senang dicari..

    ReplyDelete
  2. semoga ada pihak yang dermawan tampil utk meringankan beban pakcik Jusoh..

    baik hati pakcik zainuri. semoga dimurahkan rezeki beliau dan keluarga.

    ReplyDelete
  3. Itulah bezanya sahabat dgn kawan... Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  4. Semoga segala urusan di permudahkan...aamiin

    ReplyDelete
  5. mulianya hati pakcik ni.. semoga Allah rahmati kalian..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..semoga Allah mengurniakan rezeki lebih pada Pak cik ni

    ReplyDelete
  7. semoga rezeki pakcik makin bertambah, dan diredhai Allah Taala... subhanALLAH... susah tau nak jumpa sahabat dunia akhirat ni...

    ReplyDelete
  8. bertuahlah sesiapa yg dianugerahkan sahabat semulia itu...mungkin satu dalam beribu..

    ReplyDelete
  9. betul, bukan smua org bleh buat mcm ni, mulianya hati pkcik ni..:)

    ReplyDelete
  10. Masih wujud lagi kawan baik begini kan? Moga2 Allah murahkan rezeki pak cik yg selalu menolong kawannye. :) mujur isteri dan anak pacik zainuri jenis memahami.

    ReplyDelete
  11. Mmg shabat dunia akhirat... Mmg seribu dlm satu nk jmpa cmni..

    ReplyDelete
  12. semoga hidupnya dirahmati allah.. mulia sungguh. jarang dpt lihat skrg ni

    ReplyDelete

Designed By