Breaking News

Wednesday, September 3, 2014

Ucaplah Kalimah Ini Jika Di Timpa Kesusahan

http://1.bp.blogspot.com/-r2FAiXRe9So/TZoEV_COEwI/AAAAAAAAAM4/qupFS0sey2Y/s1600/katahikmah_004.jpg 
Ucaplah Kalimah Ini Jika Di Timpa Kesusahan

Ucaplah Kalimah Ini Jika Di Timpa Kesusahan


Salam pagi khamis untuk semua pembaca Blog Santai. Sebagai seorang manusia, dugaan dalam hidup datang dalam pelbagai bentuk. Kesenangan dan juga kesusahan. Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit kita, ucapkanlah kalimah "La-Ilaha Illallah" dengan penuh ikhlas.  "La-Ilaha Illallah" adalah zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya yang ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Ucapkanlah zikir ini berulangkali, sambil berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala kesulitan.  

Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ˜Laailaha illallah' sampai kepada Allah. Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ˜Laailaha illallah' dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Sebagai seorang Islam, pastinya kalimah ini begitu dekat dengan hati kita sebagai tanda pengakuan dan kesyukuran kita terhadap Allah, pencipta segala yang ada di muka bumi ini. Ucapkanlah kalimah ini setiap masa, bukan hanya diwaktu kesusahan kerana Rasulullah SAW telah bersabda, pada hari kiamat nanti, orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ˜Laailaha illallah' dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

Jaga diri, hiasi peribadi dan selamat beramal. 

 

14 comments:

  1. selamat pagi kak..

    sala ceria.... thanks sharing untuk peringatan kak..

    ReplyDelete
  2. Dizaman ini klu insan ditimpa musibah, selaku mengadu kepada facebook..:D

    ReplyDelete
  3. moga menjadi amalan kita semua...tq for sharing

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi ilmu yg sgt berguna.. :)

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Baca ni buat hati rasa dekat je dgn-Nya. Rasa macam ada yg mmbantu.

    ReplyDelete
  6. sama-sama kita amalkan..terima kasih RDZ berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  7. In shaa Allah.. t kasih atas perkongsian Raudzah.

    ReplyDelete
  8. perkongsian yg baik. salam jumaat.. :)

    ReplyDelete
  9. masih mencuba yang terbaik dan masih percaya Allah Maha Pemberi Rezeki...

    ReplyDelete

Designed By