Apabila Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah
KD PAUS telah gagal berkomunikasi dengan bot tempur TLDM CB 204
Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan
Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah. Bila baca berita ni semalam kita sebenarnya agak terskema. Yalah yang selalu kita dengar, pesawat yang terbang diudara terputus hubungan dengan pusat kawalan kerana cuaca buruk. Tapi kali ni kejadian terputus hubungan ni menimpa Bot tempur TLDM CB 204 yang dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau.
Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus
hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke
Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. CB 204 dikesan kali terakhir pada 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum. KD PAUS yang telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke PTKK kerana cuaca buruk. Namun pada jam 1.05 petang, kapal tersebut dilaporkan telah terputus hubungan. Usaha mencari Bot tersebut di antara Pulau Mangalum dan Pulau Gaya gagal membuahkan hasil. Apakah nasib anak kapal tersebut? Doakan yang terbaik untuk mereka.
Zumal agak terkejut dengar berita nie pagi tadi. Moga tak ada apa yang berlaku...
ReplyDeleteTulah Zumal...selalunya pesawat ajekan..Doakan yang terbaik untuk mereka..
Deletemoga mereka dlm keadaan selamat
ReplyDeleterisau..dah la cuaca buruk
dgn macam2 yg berlaku sebelum ni, moga tiada perkara buruk berlaku
semoga mereka semua dibawah lindungan allah ... aaamin . rhb dan proton sini
ReplyDeleteTak ada GPS ke bot ni....
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur... bot dan anak kapal dah ditemui selamat...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selamat ditemui..
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat.
ReplyDeleteTakut juga dgr akibat laut bergelora..cuaca buruk.
Syukur alhamdulillah..semuanye selamat.
ReplyDeleteAlhamdulillah selamat... syukur kerana tiada apa2 yg membrurkkan..
ReplyDeleteiriz lagi..
Alhamdulillah...
ReplyDelete