Barang Murah Ancam Keselamatan?

Barang Murah Ancam Keselamatan?

Mungkin ramai yang perasan negara kita sebenarnya dikuasai oleh lambakan barangan import yang murah yang datangnya dari China, Taiwan, Thailand maupun Korea. Semuanya ada. Dari buah-buahan, makanan kesihatan hinggalah perkakas elektrik boleh didapati dimana-mana. Di pasar-pasar malam maupun di pusat-pusat membeli belah. 

Kebanyakan barangan ni di jual pada harga yang lebih murah berbanding barangan buatan tempatan. Dan sambutan dikhalangan masyarakat tempatan amat memberansangkan biarpun kualitinya boleh dipertikaikan. Dan yang lebih serius kalau ada yang kata barangan ni mengancam keselamatan kerana ia barangan tiruan dan tidak mematuhi garis panduan keselamatan, agak-agaknya ramai yang kisah tak?

Sebenarnya inilah dilema rakyat Malaysia. Kita pasti ramai dikhalangan penduduk Malaysia adalah pelanggan tetap barangan import ni. Yalah kalau nak beli yang original memang mahal dan tak mampu kan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai yang terpaksa mencari aternatif perbelanjaan yang lebih baik. Ada yang kata as long as boleh guna apa salahnya. Itu aje yang mampu. Betul juga kan. Bukan semua rakyat Malaysia ni kaya raya dan mampu untuk beli barang yang original kan. Hmmm...

Cuma satu nasihat kita, kalau ianya melibatkan kesihatan elakkan beli yang tiruan. Bukan apa. Kalau kita tak bernasib baik yang murah itulah akan jadi mahal akhirnya apabila terjadi sebaliknya. 

Comments

  1. kalau barangan makanan dan juga ubatan,nak kena lebih berhati hati membeli..

    ReplyDelete
  2. Setuju..barangan tiruan lagi murah, tapi bila benda yang berkait dengan nyawa eloklah cari yang lebih selamat even mahal sikitttt

    ReplyDelete
  3. barangan elektrik bahaya kalau murah sangat..ubat pun sama

    ReplyDelete
  4. Betu tu kak. Kawan ana beli speaker, baru nak caj speaker tu meletup. Perghh! Sib baik dia tak duduk situ. Meletup kecil je la. Tapi tu dah cukup merbahaya. Pasar2 gelap ni haa suke jual mende2 camtu.

    ReplyDelete
  5. Yelah kan..... orang mmg suka cari yg murah lagi murah lagi org suka sebab nak berjimat katanya. Betul kata awak Raudzah....melibatkan kesihatan diri carilah betul betul takut ada effect pulak

    ReplyDelete
  6. Aslam ..betul tu kualiti macamana yg paling kita utamakan ke halalannya sebab bab pingan mangkuk pun ada yang ada campuran lemak binatang. So, jom hati2 membeli, jika dapat utamakan barangan malaysia..

    ReplyDelete
  7. Klu bab2 kesihatan ni sebaiknya biarlah yg berdaftar.. mahal siit pun tak pelah kan...

    ReplyDelete
  8. sukar untuk katakan sis lain ornag lain pandang uh...

    kalau bab pakaian ras aok lagi.tp kalau bab beli gadget cam uphone ke, power bank, alat kecantikan saya rela beli elok terjamin. dari beli brg keluaran china, vietam bagai tu.

    mmg mula2 pakai ok lama2 kita tak tahu kesan sampingannya.hati2 kalau kita beli atas talian atau pasar mlam..pasar lambak uh...

    ReplyDelete
  9. Biar mahal sikit asalkan berkualiti, dipercayai dan yg paling penting..tidak membahayakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat