Bila Ibu Bertindak Kejam Bunuh Anak Sendiri

Bila Ibu Bertindak Kejam Bunuh Anak Sendiri

Bila Ibu Bertindak Kejam Bunuh Anak Sendiri


Kita pasti ramai yang dah baca kisah seorang ibu yang didakwa membunuh anaknya yang berusia lima tahun di kulim Kedah dua hari yang lalu kan. Dan lebih menyedihkan, teman lelaki si ibu juga dikatakan turut terlibat. Kedua-dua mereka dipercayai tidak bekerja.. Hmmm.

Inilah satu lagi kisah menyayat hati yang berlaku dalam masyarakat kita. Si ibu awalnya melaporkan si anak telah hilang ketika mereka sedang bersiar-siar di padang Kota, Pulau Pinang pada 20 September yang lalu. Namun begitu, selepas menjalankan sisatan, pihak polis mendapati keterangan yang diberikan wanita itu bercanggah dan mengelirukan. Susulan itu, si ibu bersama teman lelakinya ditahan.

Ketika disoal siasat, kejadian sebenar akhirnya terbongkar apabila beliau mengaku memukul anaknya sehingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah pada hari anaknya dilaporkan hilang. Mayat kanak-kanak malang tersebut yang lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut kemudiannya dibuang di kawasan semak di Kampung Tongkang ditempat mayat tersebut dijumpai.

Bila baca kes ini, kronologinya hampir sama dengan kes-kes yang berlaku sebelum ni. Penglibatan ibu dan teman lelaki serta percanggahan cerita ketika membuat laporan polis. Kalau you all masih ingat cerita yang paling hampir berlaku di Terengganu dua tahun yang lalu apabila adik Nursyafiqah yang berusia dua tahun dibunuh kejam oleh teman lelaki si ibu.

Sedihkan bila perkara macam ni berlaku berulang kali. Betapa bercelarunya jiwa manusia bila kita jauh dari Allah. Bagaimana seorang ibu sanggup memukul anaknya shingga mati, lalu dibuang macam tu aje. Adakah mereka juga di bawah pengaruh dadah sehingga hilang pertimbangan diri dan sifat perikemanusiaan? Moga-moga kita semua dilindungi dari perbuatan yang seumpama ni.


Comments

  1. Sepatutnya seorang ibu menjadi perlindung kepada anak...tetapi sebaliknya pulak...
    Tak tahulah nak cakap apa...mungkin mereka dipengaruhi dadah atau sifat keibuan dan kemanusiaan telah hilang dari diri mereka...
    Na'uzubillah...

    ReplyDelete
  2. memang orang sekarang ramai dah y hilang akal..nauzubilah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan singgah malam di sini...manusia sekarang dah ramai yang lupa dunia dan sanggup buat apa saja tanpa berfikir...

    ReplyDelete
  4. sabar ajelah bila dapat ibu macam nih.

    tertekan barangkali.

    ReplyDelete
  5. aduhai..pelik beno manusia sekarang ni.. :(

    ReplyDelete
  6. Astagfirullah... tak reti nak ckp apa....

    ReplyDelete
  7. Cinta membuat pertimbangan akal hilang. Tapi orang yang tunduk pada serakah cinta memang dah tak ada akal pun sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. dunia akhir zaman...haiwan pon sayangkan anak... :.(

    ReplyDelete
  9. tak suka baca berita macam ni, mengundang diri sha untuk maki hamun je.... sebab teman lelaki, sanggup buang anak... waktu kau beranak tak fikir ke sakit semua tu...?? tapi bodoh mak dia ni, ingat buat laporan anak hilang camtu boleh lepas ke?? cara tu dah basi sangat :)

    sorry kak raudzah... I am so emosional :(

    ReplyDelete
  10. Kejam sungguh!!
    Orang takde iman je yang akan buat semua ni.
    Kebanyakkan kita..kalau.lepas rotan anak pun akan fikir baik buruk lepas tu..
    And fikir dosa pahala.
    Senang2 je nak cabut nyawa orang..??

    ReplyDelete
  11. Ikut sangatlah bofren tu..sampai lupa pertimbangan, amanah dan tanggungjawab.
    Cinta memang buta...

    ReplyDelete
  12. akhlak manusia semakin teruk..kesan dari pemakanan yang menyebabkan keseimbangan kimia dalam otak bercelaru..mereka tidak sedar kesan buruk melakukan perkara tersebut

    ReplyDelete
  13. eii..malu org kulim tau..
    diSyurgalah adik tu kan..
    sampai hati..byk sgt kes bunuh ank sndri ni..dah jadi mcm zaman sebelm Rasulullah pulak..
    semoga maknyer insaf..
    tq akak sebb sentiasa komen blog timm..
    p/s: klik proton seketoi bg hadiah :)

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum... raudz,

    kenapa ibu sanggup membunuh anak sendiri.. sedih sesangat. Entahlah kekadang susah nak komen bila ibu dah tak sayang anaknya..

    mselim3

    ReplyDelete
  15. Tak sayang anak ke bunuh2 ni? Wpun tu bukan anak kita, tapi tetap terase sedihnye tu.. Hurm.. :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat