Diskaun Tol Hingga 37.5 % Sempena Deepavali

LLM tawar diskaun, rebat tol sempena Deepavali
Diskaun Tol Hingga 37.5 %  Sempena Deepavali

Diskaun Tol Sempena Deepavali


Berita baik untuk semua. Sempena perayaan Deepavali hari ni, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ada menawarkan diskaun kadar tol di antara lima hingga 37.5 peratus dan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya. 

Berikut adalah Lebuh raya yang menawarkan diskaun:

Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS).

Lebuh raya yang menawarkan rebat tol adalah:

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) (kecuali Plaza Tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Kulim-Butterworth (KLBK) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang.

Lebuh raya yang menawarkan kad Touch and Go secara percuma:

Selain pemberian rebat dan diskaun kadar tol, dua lebuhraya iaitu Lebuhraya SILK, Lebuhraya Grand Saga dan Lebuhraya LATAR juga turut memberikan sebanyak 500 hingga 1,500 kad Touch and Go secara percuma kepada semua pengguna lebuh raya berkenaan.

Selamat menyambut Deepavali untuk semua rakan-rakan yang meraikannya dan untuk rakan-rakan yang lain selamat bercuti. Hati-hati di memandu di lebuh raya k...


Comments

  1. Alhamdulillah...kebaikan untuk semua juga...

    ReplyDelete
  2. Nice info kak. Happy dipavali. ^_^ lama rasenye ana tak singgah sini.

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti...tak kemna la harini...^_^

    ReplyDelete
  4. Semoga ramai yg dpt faedah penjimatan ini

    ReplyDelete
  5. Wahh melepas nak dpt TnG percuma tu.. :D

    ReplyDelete
  6. sha takde laa merasa... kete pun takde... tumpang happy warga2 yang dapat faedah seperti ni... hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat