Doa Hari Arafah


Doa Hari Arafah 

Hari Arafah


Alhamdulillah, hari ni adalah merupakan hari yang istimewa buat semua jemaah haji yang berada di Mekah untuk menunaikan rukun islam yang ke lima. Pada hari ini jutaan umat islam akan berkumpul di padang arafah diantara waktu zohor 9 Zulhijjah hingga sejurus sebelum fajar 10 Zulhijjah. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang terpenting bagi menentukan sahnya ibadah haji. Tanpa wukuf, ibadah haji akan cacat kerana Rasulullah SAW yang ditanya mengenai ibadah haji bersabda, haji itu adalah Arafah (wukuf di Arafah).

"Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Baca di sini untuk mengetahui Keberkatan Dan Kemuliaan Hari Arafah

Doa Hari Arafah 

Doa Hari Arafah


Pada ketika berada di Arafah, jemaah ahji akan menumpukan sepenuh jiwa untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT kerana Padang Arafah antara tempat yang paling mustajab doa. Disinilah tempatnya dimana jutaan jemaah haji akan menghabiskan masa membaca al-Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan bermuhasabah diri. Mereka akan menadah tangan berdoa supaya dosa mereka diampunkan dan segala amalan diterima di sisi Allah SWT.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)

Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji, kita sangat dituntut untuk berpuasa pada hari ini serta sama-sama berdoa supaya segala dosa-dosa kita diampunkan dan segala amalan kita diterima di sisi Allah SWT. Waktu doa yang paling mustajab adalah selepas jam 5 petang sehingga 11 malam ini. 

Jom semua, sama-sama kita memohon doa kepada Allah. Semoga segala hajat dan doa kita dimakbulkan Allah. Aminn...

Comments

  1. Terima kasih...Perkongsian yang sangat berguna untuk saya :-)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum..raudz,

    perkongsian yang dicari2 oleh bakal jemaah haji di makkah... nice sharing..

    mselim3

    ReplyDelete
  3. Terima kasih..sebak rasa hati..saat membaca sambil menghayatinya..ntah kenapa?

    ReplyDelete
  4. salam jumaat, perkongsian yang sgt bermanfaat,tq blog santai.

    ReplyDelete
  5. subhannallah..moga semuanya dimaklbukan allah semuanya

    ReplyDelete
  6. TQ sharing.. InsyaAllah sama2 kita memohon kepada-NYA .. moga di terima :)

    ReplyDelete
  7. Moga ibadah kita hari ini diterima Allah. Kita berusaha selainnya kita serahkan kepada Allah... Selamat menyambut aidil adha.

    ReplyDelete
  8. Singgah kak... selamat menyambut hari raya haji kak... semoga mereka yang mengerjakan haji tahun ni, mendapat haji yang mabrur... amin

    ReplyDelete
  9. semoga mereka dalam jalankan ibadah dengan sempurna dan sihat hendaknya

    ReplyDelete
  10. jom main gofl petang ini heeee...sime darby

    ReplyDelete
  11. insyaallah satu hari nanti pasti akan ke arafah

    ReplyDelete
  12. Nice sharing Raudzah.. Selamat Hari Raya Qurban :)

    ReplyDelete
  13. semoga satu masa nanti sampai jugak sha kesana...
    secebis ilmu yang berguna, thx kak raudzah...

    ReplyDelete
  14. Subhanallah walhamdulillah... semoga amal & ibadah kita semua diterima.. t kasih atas perkongsian ini Raudzah.

    ReplyDelete
  15. jazakillah... semoga bermanfaat utk kita semua.

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat